Kota Kinabalu: Kerajaan Negeri Gabungan Rakyat Sabah-Barisan Nasional (GRS-BN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) telah mencapai konsensus melalui Blok Borneo untuk menyokong kerajaan baharu yang akan dibentuk di peringkat Persekutuan yang mampu memberikan kestabilan dan faedah politik kepada kedua-dua negeri.Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor, berkata keputusan itu dicapai menerusi perbincangannya dengan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg, melalui panggilan telefon, malam tadi.
Ia selepas GRS-BN dan GPS muncul sebagai pemenang dalam Pilihan Raya Umum ke-15 di negeri masing-masing, dengan GRS-BN memenangi 13 daripada 25 kerusi parlimen di Sabah, manakala GPS memenangi 22 daripada 38 kerusi parlimen di Sarawak.
Advertisement





