Tuaran: Meskipun sedar akan tahap kesihatan yang menurun, namun ia bukan penghalang bagi warga emas di kawasan parlimen Tuaran untuk keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), Sabtu.Liamon Bilih, 92, berasal dari Kampung Borombon di sini, ditemani ahli keluarganya mengundi di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Fuad Stepehens Kiulu, di sini. Walaupun tahap kesihatan semakin uzur akibat faktor usianya, dia tetap bersemangat apabila mengatakan sudah mengundi lebih lima kali termasuk pilihan raya umum (PRU).
“Selagi mampu menggerakkan tangan kaki dan mengenang jasa calon, saya tetap bersemangat mengundi sebagai rakyat Malaysia terutamanya anak jati Kiulu.
Advertisement





