KALABAKAN: Calon Pakatan Harapan (PH) Parlimen Kalabakan, Noraini Abd Ghapur yang tewas dalam pertembungan lima penjuru bagi kerusi itu dalam PRU15 kali ini, redha dengan keputusan rakyat.Beliau yang memperoleh 9,398 undi berkata, kalah menang adalah adat bertanding dan beliau redha dengan keputusan tersebut serta beranggapan rakyat Kalabakan mungkin belum bersedia untuk berubah.
“Semoga Allah SWT memberi kita semua yang terbaik. Teruskan perjuangan,” katanya sambil menitipkan rasa terima kasih dan memohon salah silap.
Advertisement





