Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
GRS sokong Muhyiddin jadi PM. "Bung: BN Sabah ikut keputusan BN Pusat"
Published on: Tuesday, November 22, 2022
Published on: Tue, Nov 22, 2022
Text Size:
Text:
GRS sokong Muhyiddin jadi PM.
Bung Moktar berkata pihaknya akan mengadakan perbincangan lanjut dengan rakan kerjasamanya dalam kerajaan Sabah itu. Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Isnin menyatakan pendirian untuk menyokong Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri, kata Pengerusinya Datuk Seri Hajiji Noor.
Kota Kinabalu: Barisan Nasional (BN) Sabah akan menyokong mana-mana gabungan yang bakal diputuskan oleh BN pusat untuk membentuk kerajaan Persekutuan, kata Pengerusinya Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Timbalan Ketua Menteri Sabah itu berkata BN Sabah membuat keputusan itu kerana mahu memastikan kestabilan dalam pentadbiran kerajaan Persekutuan dan seterusnya mewujudkan kestabilan di negara ini.

Advertisement
“Kita akan ikut keputusan parti (BN pusat) bagaimana, kita kena utamakan kestabilan kerajaan (Persekutuan) dan negara ini dahulu,” katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Mengulas tindakan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang menyatakan sokongan kepada Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri, Bung Moktar berkata pihaknya akan mengadakan perbincangan lanjut dengan rakan kerjasamanya dalam kerajaan Sabah itu.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Kita akan bincang dengan GRS selepas selesai penubuhan kerajaan Persekutuan,” katanya.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15, BN Sabah memenangi tujuh daripada 12 kerusi Parlimen yang ditandinginya.

Advertisement
Sementara itu, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Isnin menyatakan pendirian untuk menyokong Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri, kata Pengerusinya Datuk Seri Hajiji Noor.

Ketua Menteri Sabah itu berkata GRS juga bersetuju untuk membentuk kerajaan Persekutuan bersama PN, Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan parti lain yang bersedia bekerjasama untuk tujuan itu.

Advertisement
Beliau berkata perkara itu telah dibincangkan bersama Muhyiddin dalam satu pertemuan dengan pemimpin GRS di Kuala Lumpur Ahad lepas yang turut dihadiri Timbalan Pengerusi GRS Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan. “GRS berpandangan adalah perlu pembentukan Kerajaan Persekutuan dilaksanakan pada kadar segera untuk memastikan kerajaan dapat berfungsi sepenuhnya, khususnya dalam memuktamadkan penggubalan belanjawan untuk 2023.

“GRS sentiasa komited untuk membawa citra kesatuan demi kepentingan rakyat dan tanah air,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15, GRS memenangi enam kerusi Parlimen daripada 13 kerusi yang ditandingi parti itu di Sabah manakala Naib Presiden Bersatu Datuk Seri Dr Ronald Kiandee mempertahankan Parlimen Beluran atas tiket PN.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here