Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Warisan sokong PH, BN bentuk kerajaan baharu
Published on: Wednesday, November 23, 2022
Published on: Wed, Nov 23, 2022
By: Bernama
Text Size:
Text:
Warisan sokong PH, BN bentuk kerajaan baharu
Mohd Shafie berkata Warisan berharap PH bersama-sama BN akan mendapatkan rakan kerjasama yang membolehkan pembentukan kerajaan Persekutuan yang boleh membawa kestabilan politik dan perpaduan kepada negara .
Kota Kinabalu: Parti Warisan (Warisan) pada Selasa menyatakan sokongannya kepada Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) untuk bekerjasama bagi membentuk kerajaan Persekutuan baharu susulan berakhirnya Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (gambar) berkata PH dan BN sepatutnya diberi peluang pertama untuk membentuk kerajaan Persekutuan baharu.

Advertisement
“Warisan memberi sokongan kepada Pakatan Harapan dan Barisan Nasional kerana kedua-duanya mempunyai bilangan kerusi untuk membentuk kerajaan (Persekutuan) dan majoriti rakyat telah mengundi untuk Pakatan Harapan dan Barisan Nasional.

“Sokongan ini juga atas premis bahawa kerajaan Persekutuan yang baharu akan memenuhi kesemua 21 tuntutan di bawah Perjanjian Malaysia 1963,” katanya pada Selasa.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Mohd Shafie berkata Warisan berharap PH bersama-sama BN akan mendapatkan rakan kerjasama yang membolehkan pembentukan kerajaan Persekutuan yang boleh membawa kestabilan politik dan perpaduan kepada negara .

Dalam PRU15, Warisan memenangi tiga daripada 52 kerusi Parlimen yang ditandingi menerusi Mohd Shafie (Semporna), Isnaraissah Munirah Majilis (Kota Belud) dan Datuk Mohamad Yusof Apdal (Lahad Datu).

Advertisement
PRU15 berakhir dengan situasi Parlimen tergantung, dengan PH meraih 82 kerusi, Perikatan Nasional (73), BN (30), Gabungan Parti Sarawak (23), Gabungan Rakyat Sabah (enam), Warisan (tiga), Bebas (dua) dan Parti Bangsa Malaysia dan Parti Kesejahtraan Demokratik Masyarakat masing-masing satu.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here