Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Aktiviti melombong mata wang kripto: "Sesb rugi RM16 juta dalam tempoh 11 bulan"
Published on: Thursday, November 24, 2022
Published on: Thu, Nov 24, 2022
Text Size:
Text:
Aktiviti melombong mata wang kripto:
Mohd Yaakob (dua, kiri) menyerahkan replika cek kepada Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, SAC Sapii Ahmad (kanan) sambil diperhatikan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Abdul Jalil Hassan (tiga, kiri) pada majlis i
Kota Kinabalu: Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) kerugian RM16 juta dalam tempoh 11 bulan ini akibat aktiviti perlombongan mata wang kripto seperti Bitcoin yang membuat penyambungan elektrik secara haram di negeri ini.

Ketua Pegawai Eksekutif SESB Mohd Yaakob Jaafar berkata dalam tempoh itu juga, SESB dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menyerbu 54 premis yang dikenal pasti melakukan penyambungan haram.

Advertisement
Beliau berkata seorang individu ditahan di Tuaran dan pihaknya juga telah mengenal pasti sejumlah lokasi kegiatan berkenaan di seluruh Sabah untuk tindakan selanjutnya.

“Saya minta kerjasama orang awam melaporkan kepada SESB kerana kegiatan ini bukan hanya menyebabkan kerugian SESB tetapi merugikan semua pengguna dan pelanggan kerana bila ada sambungan haram, ia akan menyebabkan gangguan bekalan akibat arus melampau secara tidak langsung,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau berkata kepada pemberita selepas menyerahkan peralatan sokongan operasi SESB kepada Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah di sini pada Rabu bagi tugasan melibatkan pembanterasan kegiatan pelombongan mata wang kripto.

Turut hadir, Pengarah JSJ Bukit Aman Datuk Seri Abdul Jalil Hassan.

Advertisement
Mohd Yaakob berkata penyambungan elektrik haram melibatkan pelombong Bitcoin di Sabah bermula sejak 2018 dan pada masa ini SESB bersama 11 pasukan penguat kuasa giat melaksanakan operasi menghapuskan kegiatan berkenaan.

Sementara itu, Abdul Jalil berkata kerjasama antara PDRM dengan SESB penting bagi membanteras sepenuhnya kegiatan mencuri elektrik termasuk aktiviti perlombongan mata wang kripto di Sabah.

Advertisement
Beliau berkata JSJ Sabah perlu memantapkan siasatan dan operasi melibatkan kes penyambungan wayar secara haram serta kegiatan mencuri elektrik untuk perlombongan Bitcoin.

“Polis dengan kerjasama SESB akan bertindak tegas kepada mana-mana pihak yang melakukan perbuatan mencuri bekalan elektrik,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here