Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Kalah tipis: Calon PSB Parlimen Lubok Antu ikhtiar batal keputusan
Published on: Thursday, November 24, 2022
Published on: Thu, Nov 24, 2022
By: Bernama
Text Size:
Text:
Kalah tipis: Calon PSB Parlimen Lubok Antu ikhtiar batal keputusan
Pada PRU15, Dr Rayong yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Engkilili terlibat dalam pertembungan empat penjuru di kawasan parlimen Lubok Antu meraih 6,544 undi manakala Roy Angau 6,644 undi, Jugah Muyang (PN-Bersatu) memperoleh 5,360 undi dan Langga Lias (PH-PKR) 746 undi.
KUCHING: Calon Parti Sarawak Bersatu (PSB) bagi kawasan parlimen Lubok Antu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) Dr Johnichal Rayong Ngipa yang mengalami kekalahan tipis selepas keputusan pengiraan undi diumumkan, sedang berusaha untuk membatalkan keputusan itu.

Katanya permintaan beliau supaya diadakan pengiraan semula jumlah undi, telah ditolak oleh pegawai pengurus pilihan raya ketika itu tanpa sebarang alasan, sebaliknya dia (pengurus pilihan raya) mengumumkan Roy Angau Gingkoi dari Gabungan Parti Sarawak (GPS) sebagai pemenang dengan majoriti 100 undi.

Advertisement
“Pada mulanya (sebelum keputusan diumumkan), saya dimaklumkan bahawa saya sedang mendahului, malah beberapa stesen televisyen turut melaporkan bahawa PSB telah menang satu kerusi, mereka maksudkan saya, namun selepas itu - hilang lagi,” katanya kepada media.

Katanya walaupun beliau mempunyai 21 hari selepas tarikh pilihan raya untuk menfailkan petisyen di Mahkamah Pilihan Raya bagi merayu keputusan itu, buat masa ini beliau harap Suruhanjaya Pilihan Raya akan menyemak semula keputusan mereka berhubung permohonan beliau untuk pengiraan semula.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Saya juga ingin tahu berapa ramai yang telah mengundi di kawasan parlimen itu, berapa banyak undi rosak, berapa banyak kertas undi yang tidak dipulangkan dan lain-lain lagi,” tambahnya.

Pada PRU15, Dr Rayong yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Engkilili terlibat dalam pertembungan empat penjuru di kawasan parlimen Lubok Antu meraih 6,544 undi manakala Roy Angau 6,644 undi, Jugah Muyang (PN-Bersatu) memperoleh 5,360 undi dan Langga Lias (PH-PKR) 746 undi.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here