Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Sabah sokong penuh kerajaan pimpinan Anwar: Hajiji
Published on: Friday, November 25, 2022
Published on: Fri, Nov 25, 2022
Text Size:
Text:
Sabah sokong penuh kerajaan pimpinan Anwar: Hajiji
Hajiji yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berkata ia termasuk usaha menunaikan hak-hak dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) antara kerajaan Sabah dan Kerajaan Persekutuan yang baharu dibentuk di bawah kepimpinan Anwar.
Kota Kinabalu: Kerajaan Sabah memberi jaminan akan bekerjasama dan memberi sokongan sepenuhnya kepada Kerajaan Persekutuan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk manfaat dan kebaikan bersama.

Sambil mengucapkan tahniah kepada Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) atas pelantikan sebagai Perdana Menteri ke-10, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor turut menaruh keyakinan akan wujud kerjasama erat untuk merealisasikan pelbagai aspek pembangunan.

Advertisement
Hajiji yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berkata ia termasuk usaha menunaikan hak-hak dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) antara kerajaan Sabah dan Kerajaan Persekutuan yang baharu dibentuk di bawah kepimpinan Anwar.

Pengalaman luas Datuk Seri Anwar Ibrahim diyakini akan mampu membawa kebangkitan ekonomi yang sangat diperlukan untuk rakyat dan pembangunan seluruh negara pada masa depan,” katanya dalam kenyataan di sini, pada Khamis.
SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau juga berharap manifesto PH termasuk memperkasa wilayah Sabah dan Sarawak dapat dilaksanakan sebaiknya.

Anwar pada Khamis mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri ke-10 di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here