Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Kerjasama Safa, ASB diteruskan
Published on: Friday, November 25, 2022
Published on: Fri, Nov 25, 2022
By: GL Oh
Text Size:
Text:
Kerjasama Safa, ASB diteruskan
JAPAR (keempat dari kiri) dan Azman (keempat dari kanan) memegang baju akademi, bersama dengan yang lain.
Kota Kinabalu: Kerjasama di antara Persatuan Bolasepak Sabah (Safa) dan Asian Supply Base (ASB) Sdn Bhd akan diteruskan untuk kebaikan sukan itu di negeri ini.

Ini susulan satu kunjungan oleh rombongan Safa diketuai penolong setiausaha agungnya, Azman Master kepada ketua pegawai eksekutif ASB, Japar Esteben di pejabatnya di Labuan, baru-baru ini.

Advertisement
Menurut Azman, perbincangan di antara dua pihak itu menyentuh mengenai program pelaksanaan Akademi Safa yang dijangka akan dilancarkan di Sandakan dalam masa terdekat.

“ASB merupakan salah satu penaja akademi itu dan kami mahu mengucapkan terima kasih kepada mereka atas sumbangan dan penajaan pada masa lalu untuk membantu membangunkan sukan itu di negeri ini.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Kami harap kerjasama strategik ini akan berterusan bagi memastikan rancangan untuk masa depan bola sepak dapat direalisasikan,” katanya. Beliau juga berkata pelancaran akademi itu yang tertangguh akibat pilihan raya umum akan diadakan tidak lama lagi.

Advertisement
Turut hadir pada pertemuan itu ialah setiausaha eksekutif Safa, David Wisom, timbalan pengerusi jawatankuasa pertandingan tempatan Safa, Lokman Sunggim dan pegawai pentadbiran Malim Surat.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here