Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Malaysia di bawah kepimpinan Anwar Ibrahim: "Permulaan era baharu: Ewon"
Published on: Friday, November 25, 2022
Published on: Fri, Nov 25, 2022
Text Size:
Text:
Malaysia di bawah kepimpinan Anwar Ibrahim:
Ewon yang juga Ahli Parlimen Penampang dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian juga berharap dapat bekerjasama dengan Anwar dalam melaksanakan agenda-agenda PH khususnya untuk rakyat Sabah, terutama pelaksanaan Perjanjian Malaysia.
PENAMPANG: Bakal Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (Upko), Datuk Ewon Benedick menyifatkan pelantikan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 sebagai permulaan era baharu negara ini.

“Sebagai President-elect Upko, saya mengucapkan tahniah kepada Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Dato Seri Anwar Ibrahim yang dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-10 pada hari ini selepas dimuktamadkan oleh Yang Di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja.

Advertisement
“Negara Malaysia sememangnya memerlukan seorang pemimpin yang boleh menguruskan masalah ekonomi yang sedang dihadapi sekarang, dan seterusnya melaksanakan agenda reformasi dalam tadbir urus Kerajaan. Kepimpinan itu ada pada Anwar.

“Saya juga mengalu-alukan Kerajaan Perpaduan yang bakal dibentuk dapat merangkumi penyertaan semua parti, kaum dan wilayah,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Ewon yang juga Ahli Parlimen Penampang dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian juga berharap dapat bekerjasama dengan Anwar dalam melaksanakan agenda-agenda PH khususnya untuk rakyat Sabah, terutama pelaksanaan Perjanjian Malaysia.

“Sebagai salah seorang Presiden parti komponen PH yang akan duduk bersama dengan Anwar, sudah tentunya akan menjadi tanggungjawab saya memastikan penunaian agenda PH untuk rakyat Sabah sepertimana dinyatakan dalam Tawaran ‘Kita Boleh’ Pakatan Harapan bagi PRU-15. Ini terutamanya pelaksanaan hak 40 peratus Sabah ke atas hasil persekutuan di Sabah yang sangat diperlukan untuk pembangunan rakyat,” katanya.

Advertisement
Menurut Ewon, parti Upko juga akan mencadangkan kepada Anwar penyertaan parti dalam kabinet perpaduan Kerajaan Persekutuan yang akan ditubuhkan.

“Perkara ini telah dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Upko yang telah diadakan hari ini dan pihak parti akan memaklumkan kepada Dato Seri Anwar cadangan-cadangan daripada parti agar kami dapat memainkan peranan penting dalam menjayakan agenda PH untuk rakyat Sabah, khususnya dan Malaysia, amnya,” katanya pada Khamis.

Advertisement
Ewon turut menyatakan akan mendapatkan sokongan dan komitmen Anwar sebagai Perdana Menteri bagi menjayakan pembangunan dan penyelesaian masalah rakyat di Penampang dan Kadamaian.

“Sepanjang tempoh berkempen, saya telah mendengar banyak permasalahan rakyat, cadangan-cadangan dan aspirasi-aspirasi daripada rakyat Penampang. Sebahagiannya memerlukan sokongan dan komitmen daripada Anwar sebagai Perdana Menteri. “Saya akan memastikan beliau komited untuk membantu rakyat Penampang dan juga rakyat Kadamaian, selain daripada rakyat Sabah secara amnya,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here