Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Sabah sokong kerajaan perpaduan demi kebaikan, kestabilan: Hajiji
Published on: Saturday, November 26, 2022
Published on: Sat, Nov 26, 2022
By: Bernama
Text Size:
Text:
Sabah sokong kerajaan perpaduan demi kebaikan, kestabilan: Hajiji
“Kita (GRS-BN) ada tiga tahun lagi untuk memerintah Sabah. Kita tidak mahu terlampau berpolitik atau ada gangguan, kerana bagi kita adalah kepentingan rakyat dan negeri,” kata Hajiji.
Kota Kinabalu: Sokongan dan penyertaan parti-parti politik di Sabah dalam kerajaan perpaduan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim diyakini dapat memastikan kestabilan dan kesejahteraan rakyat negeri, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Beliau berkata kerajaan negeri yang diterajui Gabungan Rakyat Sabah (GRS) serta Barisan Nasional (BN) mahu memberikan fokus kepada usaha memulihkan ekonomi negeri dan membangunkan Sabah ke arah merealisasikan pelan lima tahun hala tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).

Advertisement
“Kita (GRS-BN) ada tiga tahun lagi untuk memerintah Sabah. Kita tidak mahu terlampau berpolitik atau ada gangguan, kerana bagi kita adalah kepentingan rakyat dan negeri,” kata Pengerusi GRS itu kepada pemberita ketika ditemui selepas membentangkan Belanjawan Sabah 2023 di Dewan Undangan Negeri Sabah di sini pada Jumaat.

Sementara itu Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata kerajaan Sabah mahu konsep kerajaan perpaduan dipraktikkan dan dirasai di negeri ini supaya rakyatnya dapat menikmati limpahan ekonomi serta pembangunan sama.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Pengerusi BN Sabah itu turut mengalu-alukan mana-mana parti di Sabah untuk menyertai kerajaan perpaduan dalam usaha memastikan kemakmuran pentadbiran negara yang dapat memacu kepada pemulihan ekonomi, dan nasib rakyat terbela.

“Nama pun perpaduan, bermakna semua (parti) pun boleh menyertainya. Jadi, saya mengalu-alukan mana-mana parti menyertai kerajaan perpaduan bagi memastikan perpaduan dalam pemerintahan harus memakmurkan negara dan rakyat. Ini keutamaan kita,” katanya.

Advertisement
Bagi Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah Datuk Christina Liew, kesediaan GRS menyertai serta menyokong pembentukan kerajaan perpaduan dilihat sebagai langkah terbaik demi pembangunan dan manfaat rakyat Sabah.

Beliau berkata pihaknya menunggu pertemuan antara pemimpin GRS bersama pemimpin PH Sabah bagi membincangkan pelbagai perkara berkaitan yang boleh dibawa untuk bekerjasama.

Advertisement
Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Afdal pula yakin kerajaan perpaduan adalah sebuah kerajaan yang stabil dan mampu memulihkan ekonomi negara.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here