Kota Kinabalu: Atlet dari Kelab Taekwondo Hang Loong, Kelvin Chaw Kay Vun membanggakan kelab dan sekolahnya SMK Datuk Peter Mojuntin (DPM), Penampang dengan memenangi anugerah pelajar cemerlang jabatan pendidikan negeri dalam satu majlis yang diadakan di Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada 22 November.
Selain pencapaiannya sebagai atlet taekwondo dengan memenangi pingat gangsa dalam acara poomsae individu dan berpasukan pada Kejohanan Taekwondo CK Klasik Terbuka Antarabangsa Ke-14 2022 di Kuala Lumpur serta beberapa kejayaan dalam pertandingan tempatan lain, beliau turut cemerlang dalam bidang inovasi reka bentuk dengan pingat gangsa pada pertandingan International Digital Innovation and Invention Challenge 2022 dan pingat perak pada Persidangan dan Pameran Saintis Muda Antarabangsa Malaysia 2021.