Sun, 14 Jun 2026
Headlines:
Adun-Adun PH Sabah nyata sokongan, kerjasama kepada Hajiji hingga penggal berakhir
Published on: Saturday, November 26, 2022
Published on: Sat, Nov 26, 2022
Text Size:
Text:
Adun-Adun PH Sabah nyata sokongan, kerjasama kepada Hajiji hingga penggal berakhir
EWON bercakap kepada media.
Kota Kinabalu: Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Harapan (PH) Sabah mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Mohd Noor di Dewan Undangan Negeri pada Jumaat.

Dalam kunjungan tersebut, Adun-Adun PH menyatakan sokongan dan kerjasama kepada Hajiji sebagai Ketua Menteri sehingga penggal berakhir pada tahun 2025.

Advertisement
Kunjungan tersebut diketuai Adun Kadamaian Datuk Ewon Benedick dan turut dihadiri Adun Luyang Phoong Jin Zhe, Adun Kepayan Jannie Lasimbang, Adun Inanam Pito Galim dan Adun Likas Tan Lee Fatt.

Ketika ditanya media, Ewon berkata beberapa perkara telah dibincangkan termasuklah penyertaan dan sokongan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim dan juga penyertaan Adun-Adun PH Sabah dalam Kerajaan Negeri.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Adun-Adun PH Sabah mengalu-alukan sokongan GRS dalam Kerajaan Perpaduan Persekutuan sepertimana diumumkan Perdana Menteri hari ini. Adun-Adun PH Sabah juga menyatakan sokongan kepada Datuk Hajiji dan seterusnya kerjasama dengan kerajaan negeri bagi memastikan agenda pembangunan dan perjuangan hak-hak Sabah dapat dijayakan bersama,” katanya.

Ewon turut menyatakan terima kasih kepada Hajiji kerana bersetuju melibatkan Adun-Adun PH dalam mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah dan Jawatankuasa Penggunaan Tanah Daerah bermula pada tahun hadapan.

Advertisement
“Pada saya dan Adun-Adun PH Sabah, kita tidak mahu terlalu banyak politik sehingga menjejaskan kestabilan Kerajaan. Di peringkat Persekutuan, kita membentuk Kerajaan Perpaduan dan pendekatan yang sama boleh dilaksanakan di Sabah,” katanya.

Terdahulu Hajiji membentangkan Belanjawan Negeri Sabah bagi tahun 2023 dalam sidang DUN yang bermula Jumaat.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here