Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Program Bantuan Khas Pendidikan diteruskan
Published on: Saturday, November 26, 2022
Published on: Sat, Nov 26, 2022
By: Hayati Dzulkifli
Text Size:
Text:
Program Bantuan Khas Pendidikan diteruskan
Hajiji berkata Jabatan Khidmat Kebajikan Masyarakat diperuntukkan RM107.43 juta pada tahun 2023, antara lain, untuk meneruskan pembinaan Kompleks Bersepadu Orang Kelainan Upaya (OKU) dan Warga Emas; serta pembinaan bangunan Taman Didikan Kanak-Kanak Kurang Upaya (TDKKU) di Sandakan; dan Kompleks Latihan OKU di Sandakan. - FOTO Bernama untuk ilustrasi sahaja
Kota Kinabalu: Kerajaan negeri akan meneruskan program Bantuan Khas Pendidikan tahun depan bagi membantu pelajar kurang berkemampuan yang tidak dapat melanjutkan pelajaran kerana kekangan kewangan dan hal berkaitan pendidikan, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Haji Noor.

Sehubungan itu, beliau berkata Kementerian Tugas-Tugas Khas dan Penyelarasan yang baharu ditubuhkan akan menyelaras dan mengurus program Bantuan Khas Pendidikan bagi membantu pelajar memasuki institusi pengajian tinggi serta mereka yang sedang menduduki peperiksaan.

Advertisement
“Program semasa akan diteruskan bersama lima program tambahan baharu untuk menyokong institusi pendidikan pada tahun 2023 iaitu Bantuan Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (BAGUS); Bantuan Ihsan Sekolah (BISBAH); Bantuan untuk Infra Kecil Sekolah; Anugerah Khas Kecemerlangan Pendidikan (AKSA) dan Bantuan Khas Pendidikan (BANTU) membabitkan jumlah keseluruhan RM43 juta untuk tahun depan, meningkat RM8 juta berbanding 2022.

“Selain itu, kerajaan Negeri akan terus melaksanakan program keagamaan dan kerohanian dengan peruntukan RM176.16 juta.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Daripada angka itu, sebanyak RM54.05 juta geran diperuntukkan untuk sekolah dan pembangunan badan agama bukan Islam, dengan peningkatan RM7.05 juta tahun depan.

“Baki RM122.11 juta diperuntukkan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah (JHEAINS) untuk operasi, pengurusan, penyelenggaraan dan kelengkapan perbelanjaan masjid, surau dan sekolah agama,” katanya.

Advertisement
Bagi menjaga kesejahteraan dan kebajikan rakyat di Sabah, Hajiji berkata Kerajaan Negeri memperuntukkan sejumlah RM157.58 juta, tahun depan, kepada Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat serta jabatannya.

Daripada jumlah itu, katanya RM50.15 juta diperuntukkan kepada Kementerian untuk perbelanjaan mengurus dan melaksanakan Program Bantuan Sosial Sekolah dengan peningkatan berjumlah RM24.55 juta yang akan memanfaatkan seramai 289,347 murid di 1,075 sekolah rendah.
Advertisement
Di bawah kementerian itu, Hajiji berkata Jabatan Khidmat Kebajikan Masyarakat diperuntukkan RM107.43 juta pada tahun 2023, antara lain, untuk meneruskan pembinaan Kompleks Bersepadu Orang Kelainan Upaya (OKU) dan Warga Emas; serta pembinaan bangunan Taman Didikan Kanak-Kanak Kurang Upaya (TDKKU) di Sandakan; dan Kompleks Latihan OKU di Sandakan.

Selain itu, beliau berkata bagi memberi bantuan berterusan kepada golongan mudah terjejas khususnya OKU, warga emas, anak yatim, ibu tunggal serta bantuan lain di seluruh negeri, Kerajaan bersetuju memperuntukkan sejumlah RM76.29 juta pada tahun 2023 yang akan memanfaatkan seramai 24,781 penerima.

“Pusat Perkembangan Kanak-Kanak (PPKK) adalah Program Pembangunan Komuniti berimpak tinggi. Pada masa ini, terdapat 35 PPKK dengan jumlah 1,170 kanak-kanak berdaftar dengan pusat tersebut.

“Tahun depan, Kerajaan Negeri akan meneruskan program ini dengan membuka dua PPKK baharu di Kg. Tambisan, Tungku dan Kg. Mapat, Pitas,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here