Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Kejohanan Snuker Jemputan TKC ke-13 pada 9-18 Disember
Published on: Sunday, November 27, 2022
Published on: Sun, Nov 27, 2022
By: GL Oh
Text Size:
Text:
Kejohanan Snuker Jemputan TKC ke-13 pada 9-18 Disember
BRANDON (keempat dari kiri) bersama sebahagian ahli jawatankuasa.
Kota Kinabalu: Kejohanan Snukar Jemputan TKC ke-13 kembali selepas tiga tahun tidak diadakan akibat pandemik.

Kejohanan yang dianjurkan oleh The Kinabalu Club (TKC) itu dijadualkan untuk diadakan di rumah kelabnya di sini pada 9-18 Disember.
Advertisement
Pengarah kejohanan Dr Brandon Patrick Senagang, yang juga satu-satunya pengadil snuker Konfederasi Sukan Biliard Asia (ACBS) di Sabah, berkata hadiah wang telah ditingkatkan kepada RM10,000 tahun ini.

Juara akan menerima RM4,500 manakala naib juara menerima RM2,000, sementara pemain yang tewas di separuh akhir akan menerima RM500 setiap seorang dan pemain yang tewas di suku akhir menerima RM250 setiap seorang. Mereka yang mara ke pusingan 16 terakhir juga akan menerima RM100 setiap seorang.
SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Terdapat juga hadiah untuk ‘highest break’ (atas 60 mata) sebanyak RM700 serta hadiah untuk ‘highest century break’ sebanyak RM500. Menurut Brandon, tujuan utama pertandingan itu adalah untuk mempromosikan sukan tersebut.

Advertisement
“Kejohanan ini sebagai yang terbesar di Sabah merupakan usaha berterusan The Kinabalu Club untuk mempro-mosikan sukan snuker dalam kalangan belia di negeri ini, kerana kami berharap dapat melahirkan lebih ramai juara pada masa hadapan,” katanya semasa sidang media pada Sabtu.

Beliau menambah bahawa kejohanan itu, yang hanya dibuka kepada penduduk di Sabah, menarik kira-kira 40 peserta setakat ini termasuk juara bertahan Nealson Low, pemenang enam kali Sheldon Senagang, bekas juara Frenkie Kok dan Teo Kin Vui.

Advertisement
Yuran pendaftaran ialah RM70 dengan tarikh tutup adalah pada 2 Disember dan mereka yang berminat boleh menghubungi 016-6404514.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here