Keluarga pesakit rayu sumbangan
Published on: Sunday, November 27, 2022
By: Jinius Pandakin
EDDY kini dirawat di ICDU, PPUM Kuala Lumpur.
PAPAR: Presiden Angkatan Gabungan Rakyat Asli Sabah (Agaras) Michael Frederick, memohon bantuan sumbangan kewangan daripada orang ramai untuk membiayai kos memindahkan seorang pesakit dari Sabah yang sedang menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) di Kota Kinabalu.Eddy Edwin Benjamin, 41, berasal dari Apin-Apin, Keningau, menghidap jangkitan pada otak dan dimasukkan ke hospital di Ibu Negara itu sejak 11 Mac tahun ini.ADVERTISEMENT
“Doktor di PPUM mencadangkan agar Eddy dipindahkan ke HQE untuk rawatan lanjut. Namun urusan itu tertangguh kerana kos membawanya kembali ke Sabah mencecah RM31,000,” katanya ketika dihubungi pada Jumaat.
“Sehubungan itu, saya merayu kepada orang ramai untuk sama-sama menyumbang kepada ‘Tabung Agaras Edwin EB’ dalam usaha untuk membantu keluarga Eddy membawanya pulang. Jumlah terkumpul setakat ini adalah RM5,000,” katanya.
Sementara itu, Dina Diana Benjamin yang merupakan kakak kepada Eddy dan ketika ini menjaga adiknya di PPUM berkata, adiknya dirawat di ‘Intermediate Dependency Care Unit’ (IDCU) dan memerlukan alat bantuan pernafasan sepanjang masa. Saya minta bantuan Agaras untuk menggumpul dana untuk membawa adik saya pulang ke Sabah,” katanya kepada Harian Ekspres ketika dihubungi Khamis lepas.
Orang ramai boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Maybank, 5600 9012 2928, atas nama Dina Diana Benjamin.ADVERTISEMENT
Dina boleh dihubungi di talian 011-36349477 untuk sebarang pertanyaan lanjut.
Stay up-to-date by following Daily Express’s Telegram channel.
Daily Express Malaysia
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
ADVERTISEMENT
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.