Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Kaji persempadanan Parlimen Sabah untuk tambah baik MA63, kata Adun dilantik
Published on: Monday, November 28, 2022
Published on: Mon, Nov 28, 2022
By: FMT, Willie Jude
Text Size:
Text:
Kaji persempadanan Parlimen Sabah untuk tambah baik MA63, kata Adun dilantik
ADUN dilantik, Amisah Yassin berkata, kajian semula itu membabitkan penambahan kerusi yang mungkin sesuai dengan keadaan dan keperluan semasa. (Gambar Facebook)
Kota Kinabalu: Kerajaan digesa menambah baik Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dengan mengkaji persempadanan semula kawasan Parlimen di Sabah.

Amisah Yassin yang juga ADUN dilantik berkata, kajian semula itu membabitkan penambahan kerusi yang mungkin sesuai dengan keadaan dan keperluan semasa.

Advertisement
“Ini perlu kerana keadaan dan keperluan semasa juga berubah kerana sesetengah kawasan Parlimen terlalu besar dan sukar untuk dilaksanakan proses pemantauan dan pembangunan.

“Langkah terbaik adalah untuk melaksanakan tugas dengan efisien kepada rakyat dan pengundi adalah mempercepatkan proses persempadanan semula khususnya bagi Sabah dan Sarawak,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau berkata demikian ketika membahaskan Bajet 2023 Sabah di Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini, hari ini.

Sementara itu, Amisah berkata, program yang berunsurkan pembangunan dan pemerkasaan wanita adalah amat penting dalam meningkatkan lagi penglibatan dan penyertaan wanita dalam sektor ekonomi dan sosial.

Advertisement
Katanya, hal itu termasuk penglibatan wanita secara aktif dalam bidang politik dan pemerkasaan komuniti rakyat.

“Tidak mustahil usaha ini dilaksanakan kerana wanita mempunyai kekuatan menjaga keluarga, menguruskan rumah tangga dan tidak mustahil untuk wanita menjadi pemimpin.

Advertisement
“Saya mencadangkan, untuk masa akan datang, khasnya pilihan raya negeri (PRN) akan datang, calon wanita perlu diketengahkan kerana kita mempunyai 73 DUN dan kita perlu sekurang-kurangnya 10 hingga 20 ADUN dari kalangan wanita.

“Selain itu, untuk perjawatan dalam kabinet pula, hendaklah dilantik dua wanita sebagai menteri penuh serta enam pembantu menteri wanita,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here