Kota Kinabalu: Lapan pelukis tempatan melalui karya lukisan mereka menggambarkan keperluan untuk memulihara beruang madu Sabah, yang terus terancam oleh degradasi hutan dan pemburuan haram.Ini adalah sebahagian daripada Pameran Seni Kutipan Tabung dan Acara Pengalaman Kopi – sebuah projek Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) kerjasama antara The LUMA Hotel, Pusat Pemuliharaan Beruang Madu Borneo (BSBCC) dan Crack Inc. Coffee Roastery, dilancarkan pada Jumaat lalu.
Projek yang bertemakan “Connect. Conserve. Collaborate” itu bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang nasib beruang madu.
Advertisement





