Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
104 tapak 5G siap di bawah Fasa 1: Yakub
Published on: Wednesday, November 30, 2022
Published on: Wed, Nov 30, 2022
By: Ricardo Unto
Text Size:
Text:
104 tapak 5G siap di bawah Fasa 1: Yakub
Yakub berkata kerajaan memberi perhatian serius kepada usaha menambah baik perkhidmatan telekomunikasi di Sabah. - Foto FMT untuk ilustrasi sahaja
Kota Kinabalu: Kira Kira 104 tapak 5G telah siap pembangunannya di bawah Fasa 1 projek pelaksanaan rangkaian 5G Digital Nasional Berhad (DNB) di Sabah, setakat suku ketiga tahun ini.

Daerah terbabit ialah Bandaraya yang mempunyai 70 tapak siap, Penampang (22) dan Putatan (12), menurut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Yakub Khan, dalam maklumat tambahan yang dimuatkan dalam jawapan lisannya semasa sesi soal jawab pada persidangan Dewan Undangan Negeri, Isnin.

Advertisement
Tapak-tapak ini adalah sebahagian daripada 295 tapak yang dikenal pasti oleh DNB untuk fasa pertama projek. Tapak lain masih dalam pembangunan.

Bagi Fasa 2, kira-kira 254 tapak telah dikenal pasti – Lahad Datu dengan 37 tapak, Sandakan (79), Semporna (12), Sipitang (2), Tawau (88), dan Tuaran (36). Semua tapak masih sedang dibangunkan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Menjawab soalan tambahan Adun Sindumin Datuk Dr Yusof Yacob, Yakub berkata kerajaan memberi perhatian serius kepada usaha menambah baik perkhidmatan telekomunikasi di Sabah.

“Naik taraf dan pembinaan baharu sedang dijalankan, namun terdapat beberapa kekangan seperti pemerolehan tanah.

Advertisement
“Kementerian telah menubuhkan agensi sehenti untuk mencari penyelesaian kepada sebarang masalah yang timbul,” katanya.

Kepada soalan tambahan Adun Sulabayan Datuk Jaujan Sambakong, Yakub berkata Kementerian akan mewajibkan semua syarikat telekomunikasi yang menyediakan perkhidmatan di Sabah untuk memasang peralatan mereka di semua menara telekomunikasi.

Advertisement
Sementara itu, kepada soalan asal Adun Karamunting George Hiew, Yakub berkata projek pelaksanaan rangkaian 5G sedang dijalankan oleh DNB secara berperingkat, bermula di kawasan yang mempunyai aktiviti ekonomi tinggi.

“Ini kerana teknologi 5G akan memberi kesan kepada perusahaan dan sektor industri.”

Bagi kawasan Karamunting, beliau berkata sebanyak empat tapak 5G telah dirancang di bawah Fasa 2.

Antara lokasi tersebut ialah SK Karamunting, Jalan Pelabuhan Baru, Lorong Bandar Nam Tung dan Lorong Leila 3.

Katanya, kesemua tapak tersebut masih dalam pelaksanaan dan dijangka beroperasi pada penghujung 2023.

“Perkhidmatan 5G hanya boleh digunakan jika peranti pengguna mampu menyokong perkhidmatan tersebut.

“Antara syarikat telekomunikasi yang menyediakan perkhidmatan 5G di negara ini ialah Yes, Celcom, Digi, UMobile dan Telekom Malaysia.

“Setakat ini, kerajaan belum menetapkan garis panduan untuk pelan harga perkhidmatan 5G,” katanya.

 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here