Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Skuad B-12 Tabs Bandaraya sertai dua pertandingan di ibu negara 
Published on: Thursday, December 01, 2022
Published on: Thu, Dec 01, 2022
By: GL Oh
Text Size:
Text:
Skuad B-12 Tabs Bandaraya sertai dua pertandingan di ibu negara 
LOKMAN (bertopi putih) bersama pegawai-pegawai dan pemain-pemain Bawah-12 Tabs.
Kota Kinabalu: Pasukan Bawah-12 Tabs Bandaraya akan mengambil bahagian dalam dua kejohanan di ibu negara pada minggu akan datang.

Timbalan Pengerusi Lokman Sunggim berkata pada Rabu bahawa mereka terlebih dahulu akan bersaing dalam Grand Final Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) yang akan berlangsung selama dua hari bermula Sabtu ini (3 Disember) disusuli Liga Suparimau pada 10-11 Disember.

Advertisement
“Pemain-pemain kami layak untuk dua pertandingan ini susulan kejayaan mereka memenangi Piala Samora dan Liga Suparimau 2022 peringkat negeri baru-baru ini. “Ini akan menjadi peluang yang baik untuk pemain-pemain mendapat pendedahan sepanjang kejohanan itu menentang pasukan dari Semenanjung,” katanya.

Beliau juga merakamkan penghargaan kepada Persatuan Bolasepak Sabah (Safa) dan Sabah FC atas sumbangan dan sokongan mereka kepada pasukan itu. Sementara itu, beliau juga berkata mereka mungkin menghantar pasukan Bawah-14 dan Bawah-16 mereka untuk mengambil bahagian dalam saingan Liga Suparimau tetapi belum dimuktamadkan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here