Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Lelaki Indo dipenjara dan didenda: "9 tahun guna MyKad milik orang lain"
Published on: Thursday, December 01, 2022
Published on: Thu, Dec 01, 2022
By: Lagatah Toyos
Text Size:
Text:
Lelaki Indo dipenjara dan didenda:
ARBAIN (kiri) diiringi penguatkuasa JPN keluar dari kamar Mahkamah Majistret Tawau selepas dijatuhkan hukuman.
TAWAU: Seorang lelaki warga Indonesia dipenjara 30 hari dan didenda RM2,000 atau penjara lapan minggu oleh Mahkamah Majistret di sini, pada Rabu kerana menggunakan MyKad milik orang lain sejak sembilan tahun lalu, yang didakwa dibelinya menerusi sebuah sindiket.

Arbain Jajji, 50, mengaku salah di hadapan Majistret Dzul Elmy Yunus bahawa dia melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Kg Ranggu, Batu 10 Jalan Apas-Balung pada jam 11.30 pagi 27 November lalu.

Advertisement
Pegawai Pendakwa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sabah, Mohd Naser Mohd Nadzeri dalam hujahannya memohon hukuman berat dikenakan terhadap tertuduh kerana kesalahan itu serius dan diharap dapat memberi pengajaran kepada orang di luar sana.

“Tertuduh adalah pendatang asing tanpa izin (Pati) dan didapati memiliki MyKad tersebut sejak 2013, sekali gus menafikan hak-hak pemilik sebenar dokumen tersebut yang merupakan warganegara tempatan di sisi undang-undang, tetapi terpaksa menjalani kehidupan sangat sukar akibat ketiadaan dokumen sah,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Peguam Mark Rosaidey Mohd Amin yang mewakili tertuduh pula merayu agar tertuduh hanya dikenakan denda dengan mengambil kira kerjasama baik diberikan kepada pihak berkuasa sepanjang siasatan kes dan tidak terlibat kes jenayah.

Menurutnya, bapa kepada dua anak itu juga mempunyai penyakit asma dan turut menyatakan kesediaannya membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan dijalankan terhadap sindiket terlibat.

Advertisement
Dzul Elmy dalam penghakimannya menyatakan mahkamah mengambil serius terhadap kes-kes melibatkan pemilikan MyKad orang lain dan sebagainya yang didapati banyak berlaku di Sabah (dan dijatuhkan hukuman).

Katanya, kesalahan seumpama itu amat serius kerana akan menyebabkan hak-hak pemilik sebenar sebagai warganegara, dinafikan.

Advertisement
Menurut fakta kes, pada 19 Februari 2019 lalu, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Cawangan UTC Tawau menerima satu aduan awam berkenaan daftar kelahiran yang dikeluarkan kad pengenalan kepada orang lain (penyamar) dan kes itu dimajukan ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan JPN Sabah untuk tindakan lanjut.

Tertuduh yang bekerja sebagai pemandu lori, kemudiannya ditahan di rumahnya pada 27 November lalu selepas disyaki memiliki kad pengenalan bernombor 800621-12-5953 atas nama Bakri Abu Bakar yang bukan kepunyaannya.

Ibu dan abang kandung pemilik sebenar daftar kelahiran kemudiannya ditemuduga dan mengesahkan dokumen itu tidak pernah dikeluarkan kerana kad pengenalan sudah dikeluarkan kepada tertuduh (Arbain).

Laporan DNA dikeluarkan Jabatan Kimia Malaysia, Sabah juga mengesahkan hubungan pemilik daftar kelahiran itu (Bakri) dengan ibu dan adik-beradik kandung.

Tertuduh didakwa mengikut Peraturan 25 (1)(o) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007) yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih tiga tahun atau denda tidak lebih RM30,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Tertuduh turut diarahkan mahkamah untuk dirujuk ke Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) selepas menjalani hukuman penjara.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here