Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Kes demam denggi meningkat 8.9% minggu lepas
Published on: Friday, December 02, 2022
Published on: Fri, Dec 02, 2022
By: Bernama
Text Size:
Text:
Kes demam denggi meningkat 8.9% minggu lepas
Dr Noor Hisham Abdullah berkata kumulatif kes demam denggi ialah 56,304 kes berbanding 23,547 bagi tempoh sama tahun lalu. (Gambar Pixabay)
PUTRAJAYA: Jumlah kes demam denggi yang dilaporkan pada minggu epidemiologi (ME) ke-47 meningkat sebanyak 8.9% iaitu 1,734 kes berbanding 1,593 pada minggu sebelumnya.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, tiada kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan pada minggu tersebut.

Advertisement
Beliau berkata, kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga kini adalah 56,304 kes berbanding 23,547 bagi tempoh sama tahun lalu, iaitu peningkatan sebanyak 139.1% manakala sebanyak 37 kematian akibat komplikasi denggi dilaporkan berbanding 18 kematian bagi tempoh sama pada 2021.

“Sebanyak 54 lokaliti hotspot dilaporkan pada minggu ini berbanding 61 lokaliti hotspot pada minggu sebelumnya dengan 25 lokaliti hotspot berada di Selangor, 19 di Sabah, tujuh di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, dua di Perak dan satu di Sarawak,” katanya dalam kenyataan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Noor Hisham berkata, survelan chikungunya merekodkan sebanyak 18 kes pada ME ke-47 dengan 11 kes dari Pulau Pinang, Selangor (empat) dan masing-masing satu kes dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Negeri Sembilan serta Melaka.

“Jumlah kumulatif kes chikungunya sehingga kini adalah 710 kes. Bagi survelan zika, sebanyak 1,939 sampel darah dan 17 sampel urin telah dijalankan saringan zika dan hasil kesemuanya adalah negatif,” katanya.

Advertisement
Beliau berkata, taman rekreasi dan taman permainan masih berisiko menjadi tempat punca jangkitan demam denggi kerana mempunyai sampah serta bekas terbiar yang dibuang di persekitaran.

Katanya, amalan membuang bekas terpakai merata-rata termasuk di tanah lot kosong boleh mengancam kesihatan melalui jangkitan seperti demam denggi dan chikungunya serta mengganggu kelestarian alam sekitar.

Advertisement
Oleh itu, Noor Hisham berkata, setiap isi rumah perlu memupuk budaya memelihara kebersihan dengan tidak membuang sampah merata-rata sejak dari kecil agar menjadi kebiasaan ketika usia dewasa.

Beliau berkata, individu yang melakukan riadah di taman rekreasi perlu menggunakan perlindungan diri seperti memakai repelan pada kulit apabila melakukan riadah terutama pada waktu puncak gigitan nyamuk iaitu antara 5 pagi hingga 7 pagi dan 5 petang hingga 7 malam.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here