Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Akademi Golf Borneo lengkapkan pencarian pemain remaja di bawah program Sabah Maju Jaya
Published on: Friday, December 02, 2022
Published on: Fri, Dec 02, 2022
By: GL Oh
Text Size:
Text:
Akademi Golf Borneo lengkapkan pencarian pemain remaja di bawah program Sabah Maju Jaya
PESERTA-peserta program pencarian di Tambunan bergambar bersama pegawai akademi.
Kota Kinabalu: Akademi Golf Borneo dengan kerjasama Kerajaan Negeri melengkapkan pencarian 20 pemain golf remaja untuk dilatih di bawah program Sabah Maju Jaya (SMJ) mereka di Sutera Harbour Golf and Country Club.

Lebih 1,000 kanak-kanak dari 17 sekolah di seluruh negeri telah diperkenalkan kepada sukan berkenaan sejak pencarian fasa satu bermula dan ia berakhir pada Khamis di Kelab Golf Tambunan yang disertai 61 murid sekolah dan anak yatim dari daerah ini.

Advertisement
Pemain Profesional PGA British dan bekas jurulatih Wanita Malaysia Neil Douglas yang membimbing program itu bersama rakan pemain profesional Ricardo Petersen dari Afrika Selatan berkata mereka yang terpilih akan dilatih setiap minggu di akademi mereka.

“Kami berharap inisiatif baharu ini dapat memberi peluang kepada kanak-kanak yang sebelum ini tidak berpeluang mencuba golf,” katanya.
SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Tambahnya, fasa seterusnya akan diadakan di lokasi berbeza.

“Kami berharap dapat mengajar lebih 5,000 kanak-kanak dalam rancangan jangka panjang yang akan bertindak sebagai penyumbang kepada program berprestasi tinggi kami dan masa depan akan cerah untuk golf di Sabah.”

Advertisement
Selain Neil dan Ricardo, akademi itu turut dibantu oleh seorang lagi pemain profesional PGA British Chris Boyle.

Sementara itu, mereka yang inginkan maklumat lanjut digesa untuk melayari https://www.golfacademyborneo.com atau menghubungi Neil Douglas di neil@golfacademyborneo.com.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here