Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
RM20 juta naik taraf Taman Tun Fuad
Published on: Friday, December 02, 2022
Published on: Fri, Dec 02, 2022
By: Larry Ralon
Text Size:
Text:
RM20 juta naik taraf Taman Tun Fuad
Kawasan yang akan dinaik taraf ialah 44.13 ekar yang tertumpu di kawasan sekitar trek joging sedia ada dan tasik buatan manusia.
Kota Kinabalu: Taman Tun Fuad Stephens di Bukit Padang di sini akan ditutup mulai 10 Disember bagi memberi laluan kepada pembinaan Taman Botani Tun Fuad Stephens yang akan menjadi salah satu tarikan baharu di bandar ini apabila pembinaannya siap dua tahun dari sekarang.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Abidin Madingkir berkata itu adalah projek Persekutuan dengan kos RM20 juta di mana Jabatan Landskap Negara (JLN) menjadi pegawai penyelia bagi projek itu.

Advertisement
Katanya, kawasan yang akan dinaik taraf ialah 44.13 ekar yang tertumpu di kawasan sekitar trek joging sedia ada dan tasik buatan manusia.

“Projek pembinaan ini akan mengambil masa lebih kurang dua tahun untuk disiapkan di mana ia akan ditutup bermula pada 10 Disember 2022, sehingga 18 September 2024. Pelantikan kontraktor utama telah pun dibuat di peringkat Persekutuan dan kerja-kerja pembinaan fizikal akan dimulakan. sebaik taman itu ditutup,” katanya ketika menggulung jawatan Ketua Menteri pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau berkata demikian sebagai jawapan kepada soalan Adun Luyang Ginger Phoong Jin Zhe yang bertanyakan mengenai projek taman botani dan komponen projek itu secara terperinci.

Mengenai trek joging, Abidin berkata ia akan dinaik taraf dan dilebarkan serta ditambah dengan kemudahan baharu di sepanjang trek termasuk tempat duduk, lampu dan kemudahan lain.

Advertisement
“Tasik di taman itu akan diselenggara dan ditambah dengan kemudahan lain seperti platform terapung, trek di sekeliling tasik, lampu dan lain-lain. Antara komponen pembinaan dan naik taraf ini termasuk membina taman khas seperti Taman Halia, Orkid dan Konservatori Nepenthes, Nadir Park, Taman Herba, Sudut Bambu, Taman Permainan Botani, usaha pemulihan hutan dengan menanam pokok tempatan.

Turut dilaksanakan ialah kerja menaik taraf dan menambah jumlah tempat letak kereta, membina perhentian kenderaan e-hailing, menaik taraf pintu masuk utama, membina papan masuk utama, membina rumah pengawal, membina plaza dan kiosk, membina platform atas air, pejabat pentadbiran, penyelidikan dan penyelenggaraan, bangunan taska, laluan tepi tasik baharu, menggantikan jambatan lama dengan jambatan baharu, menaik taraf tandas awam, menaik taraf trek joging sedia ada, dan kemudahan taman lain seperti lampu, tangga, kerusi taman, CCTV dan sebagainya.

Advertisement
“Kerja-kerja pembinaan dan menaik taraf ini dijangka menjadi salah satu tarikan baharu di Kota Kinabalu apabila ia siap,” katanya sambil memberi jaminan pembinaannya tidak melibatkan pembinaan mana-mana bangunan komersial kecuali hanya beberapa gerai menjual makanan dan minuman.

Mengenai isu berkaitan bandar khususnya isu banjir, sistem pengangkutan dan pembaharuan bandar yang dibangkitkan oleh Adun Likas Tan Lee Fatt, Abidin berkata usaha meningkatkan kapasiti Beliau berkata keperluan peruntukan juga telah dibentangkan melalui Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di mana Kerajaan Negeri meluluskan RM3.8 juta untuk menangani beberapa kawasan yang dikenal pasti sebagai kawasan mudah banjir.

“Memandangkan keperluan peruntukan yang agak besar termasuk keperluan pengambilan tanah, ini akan dilaksanakan secara berperingkat sehingga 2032 selaras dengan “Pelan Induk Saliran Bandaraya Kota Kinabalu 2017,” katanya.

Berhubung cadangan Adun Likas untuk membina parit di bawah jalan itu, Abidin berkata Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) menyambut baik cadangan ini terutama dengan rizab tanah sistem perparitan yang terhad.

“Konsep ini telah digunakan di beberapa kawasan di Luyang dan Taman Millennium Kingfisher dalam usaha mengatasi masalah parit kecil dan DBKK berhasrat melakukan perkara sama di kawasan Sekolah Kian Kok,” katanya.

Mengenai sistem pengangkutan awam, Abidin berkata, perancangan sistem pengangkutan awam di bandar ini telah dimulakan seawal 2012 di mana Pelan Induk Pengangkutan Awam Bandaraya Kota Kinabalu (Rangka Kerja Pelan Induk Kota Kinabalu Raya 2014-2020) disediakan.

Jelasnya, pelan induk itu merangkumi pelan tindakan menambah baik sistem pengangkutan awam dalam dua fasa iaitu perancangan jangka pendek dan perancangan jangka panjang. Tumpuan utama adalah kepada kemungkinan mewujudkan sistem pengangkutan awam aliran ringan seperti Pengangkutan Pantas Bas (BRT), Transit Aliran Ringan (LRT) atau Monorel.

“Ia diharap menjadi pengangkutan alternatif popular penduduk setempat selain mengurangkan kebergantungan kepada mod pengangkutan persendirian yang menjadi antara penyumbang utama kesesakan jalan raya selain mengurangkan kos pengangkutan yang dihadapi rakyat,” katanya.

Mengenai isu ‘pembaharuan bandar’ dan bangunan usang di bandar, Abidin menjelaskan ia antara isu yang sentiasa diberi perhatian oleh pihak berkuasa tempatan bersama jabatan/agensi terbabit.

“Antara pendekatan dan langkah yang sedang dipertimbangkan termasuk mengenal pasti kawasan tanah kerajaan termasuk kawasan yang diduduki setinggan yang boleh dibangunkan semula menjadi kawasan yang lebih bernilai dan teratur dilengkapi infrastruktur moden dan kemudahan awam.

“DBKK juga dari semasa ke semasa melakukan pemantauan dan pemeriksaan bagi memastikan bangunan usang yang dikenal pasti masih selamat untuk didiami dan tidak menimbulkan gangguan kepada penduduk setempat.

“Bagi bangunan usang yang tidak berpenghuni, notis berkaitan akan dikeluarkan sewajarnya kepada pemilik terbabit. Terdapat juga bangunan usang yang boleh dikategorikan sebagai bangunan bersejarah yang mana tindakan sewajarnya turut diambil bagi mencadangkan agar bangunan tersebut boleh dibaik pulih bagi memastikan unsur sejarah sedia ada dapat dikekalkan,” katanya. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here