Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Industri minyak sawit dijangka hadapi masa sukar
Published on: Saturday, December 03, 2022
Published on: Sat, Dec 03, 2022
Text Size:
Text:
Industri minyak sawit dijangka hadapi masa sukar
“Justeru, adalah amat penting pada masa ini untuk Lembaga Pengarah dan pasukan pengurusan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) yang terlibat dalam industri sawit terus memantau dengan lebih teliti berkaitan kawalan kos operasi dan produktiviti pekerja”, Hajiji berkata.
Kota Kinabalu: Industri minyak sawit sedang menghadapi masa sukar disebabkan peningkatan kos buruh, baja dan operasi, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor.

Katanya, ini ditambah dengan harga Minyak Sawit Mentah (MSM) yang turun naik dari minggu ke minggu yang di luar kawalan pemain industri.

Advertisement
“Pada masa ini dengan harga MSM kini dalam jajaran RM3,500/Mt (tan metrik) ke RM4,000/Mt, akan mengakibatkan kurangnya hasil untuk negeri Sabah berbanding awal tahun 2022.

“Justeru, adalah amat penting pada masa ini untuk Lembaga Pengarah dan pasukan pengurusan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) yang terlibat dalam industri sawit terus memantau dengan lebih teliti berkaitan kawalan kos operasi dan produktiviti pekerja”, katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau berkata demikian ketika mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Pengarah Sabah Softwoods Berhad ke-137 di pejabatnya di Menara Kinabalu, pada Jumaat.

Bagaimanapun, katanya, Sabah Softwoods Berhad telah menunjukkan prestasi yang baik pada dua suku pertama 2022.

Advertisement
“Saya amat bangga diberitahu bahawa akaun syarikat Sabah Softwoods dari awal tahun sehingga sekarang menunjukkan peningkatan hasil disebabkan oleh harga MSM yang baik, walaupun pengeluaran Buah Tandan Segar (BTS) dan MSM tidak mencapai sasaran yang kehendaki.

“Saya ingin melihat supaya Lembaga Pengarah dan pasukan Pengurusan mencari jalan dan kaedah untuk menyelesaikan masalah kekurangan buruh dan kekangan logistik yang menghalang pengeluaran BTS”, kata Hajiji yang juga Pengerusi Sabah Softwoods Berhad.

Advertisement
Beliau yang juga Menteri Kewangan Negeri optimis, Sabah Softwoods yang berjaya merekodkan hasil dan keuntungan lebih tinggi tahun ini boleh membayar lebih banyak dividen kepada pemegang saham disamping memberi lebih banyak faedah dan manfaat kepada pekerja dari segi pembayaran gaji dan bonus.

Beliau juga mahu Lembaga Pengarah dan pasukan Pengurusan bertekad mencapai yang lebih baik untuk maju kehadapan dan menggunakan segala sumber untuk lebih proaktif dan produktif.

Hajiji turut mengucapkan tahniah kepada Sabah Softwood Bhd sempena Ulang Tahun Ke-50 yang akan disambut dan diraikan pada tahun hadapan dan mendoakan ia terus mencapai kejayaan pada masa hadapan.

Terdahulu, Hajiji melancarkan logo Ulang Tahun Ke-50 Sabah Softwoods Berhad. Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Softwoods, Datuk Haji Mohd Daud Tampokong dan Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Haji Ghulamhaidar Khan Bahadar.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here