Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
HoB: Kerajaan Sabah lancar Pelan Tindakan Strategik 2021-2023
Published on: Saturday, December 03, 2022
Published on: Sat, Dec 03, 2022
Text Size:
Text:
HoB: Kerajaan Sabah lancar Pelan Tindakan Strategik 2021-2023
Hajiji berkata beberapa ciri baharu diperkenalkan dalam pelan strategik baharu itu untuk memperkasa Inisiatif HoB Sabah ke arah pemuliharaan.
Kota Kinabalu: Kerajaan Sabah melancarkan Pelan Tindakan Strategik (2021-2023) bagi menangani cabaran dan memanfaatkan peluang untuk memperhebat usaha pemulihan dan pengurusan landskap Heart of Borneo (HoB).

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor  berkata Sabah telah mengambil langkah signifikan dalam melaksanakan program dan projek yang ditetapkan dalam Pelan Tindakan Strategik Sabah Kedua.

Advertisement
Bagaimanapun, beliau berkata susulan perubahan pantas landskap ekonomi, sosial dan alam sekitar, satu plan tindakan strategik yang baharu diperlukan untuk meneruskan pencapaian pelan sebelum ini.

“Pencapaian tersebut ditunjangi kekuatan Inisiatif HoB Sabah iaitu: komitmen negeri dan kerajaan Persekutuan terhadap inisiatif tersebut; kesinambungan dasar; keupayaan pihak berkepentingan utama untuk bekerjasama; dan kemampuan memanfaatkan jenama HoB untuk pembiayaan dan usaha sama baharu,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau berkata demikian dalam ucapan yang dibacakan oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan pada Simposium HoB Sabah bertemakan ‘Keperluan Untuk Pendekatan Holistik dan Pragmatik Dalam Usaha Pemuliharaan di sini.

Hajiji berkata beberapa ciri baharu diperkenalkan dalam pelan strategik baharu itu untuk memperkasa Inisiatif HoB Sabah ke arah pemuliharaan.

Advertisement
“Matlamat teras pelan strategik Sabah HoB adalah selari dengan matlamat utama pelan pembangunan negeri dan kebangsaan termasuk Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya 2021-2025, Pelan Tindakan Koridor Pembangunan Sabah 2021-2030 dan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) 2021-2025.

“Kesedaran awam terhadap HoB dan usaha pemuliharaannya sentiasa menjadi keutamaan kepada Sabah. Jerayawara, pendidikan alam sekitar dan program latihan bagi mempromosi Inisiatif HoB telah dijalankan untuk para guru dan komuniti tempatan, khususnya mereka yang tinggal di dalam atau berhampiran landskap HoB,” katanya.

Advertisement
Hajiji berkata HoB Sabah mewakili 60 peratus landskap HoB Malaysia dan memiliki satu daripada khazanah biodiversiti terkaya di dunia. Beliau berkata 64 peratus daripada kawasan daratan Sabah adalah hutan terlindung sejak 1990 iaitu 52 peratus telah diwartakan sebagai Hutan Simpan, Taman Negeri, Kawasan Perlindungan Hidupan Liar dan Kawasan Pemuliharaan Hidupan Liar.

Ketua Menteri itu turut berterima kasih kepada kerajaan Persekutuan, terutama Kementerian Tenaga dan Sumber Asli atas sokongan terhadap Inisiatif HoB menerusi Rancangan Malaysia sejak 2009.

Katanya kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan RM47 juta kepada Sabah untuk pelaksanaan Inisiatif HoB sejak 2009 dan sejumlah RM13 juta diperuntukkan di bawah RMK12.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here