Kota Kinabalu: Barisan Nasional (BN) Sabah mengakui rasa “terpinggir” dalam pembentukan Jemaah Menteri kerajaan perpaduan berikutan tiada seorang pun daripada tujuh Ahli Parlimennya dilantik sebagai menteri penuh.Pengerusinya, Datuk Seri Bung Moktar Radin, berkata hanya dua menteri yang mewakili negeri itu, iaitu masing-masing dari Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (Upko) selaku komponen Pakatan Harapan (PH) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
Katanya, jumlah itu terlalu kecil dan tidak seimbang berbanding Sarawak yang diberi lima portfolio, termasuk jawatan Timbalan Perdana Menteri Kedua.
Advertisement





