PROJEK Bekalan Air Luar Bandar (BALB) di Loji Air Bongawan, Membakut dijangka siap pada pertengahan 2023.
Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Limus Jury berkata projek itu kini dalam peringkat akhir semakan ke atas butiran reka bentuk.
“Proses perolehan dijangka dilaksanakan pada 2023 selepas butiran reka bentuk dan dokumen perolehan dimuktamadkan.
“Kesetediaan pelaksanaan tertakluk kepada pengurusan pengambilan tanah yang sedang diuruskan ketika ini,” katanya semasa sesi soal jawab pada persidangan Dewan Undangan Negeri, di sini, Selasa.
Beliau menjawab soalan Adun Bongawan Dr Daud Yusof yang bertanyakan status projek berkenaan setakat ini.
Untuk rekod, projek BALB di Loji Air Bongawan telah diluluskan dengan Geran Persekutuan BALB di bawah Rancangan Malaysia Ke-11.