Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Menteri digesa buang label Malaysia ‘destinasi percutian murah’
Published on: Thursday, December 08, 2022
Published on: Thu, Dec 08, 2022
By: Ainin Wan Salleh, FMT
Text Size:
Text:
Menteri digesa buang label Malaysia ‘destinasi percutian murah’
Kerajaan digesa mempertimbangkan untuk menghidupkan semula konsep ‘Malaysia Truly Asia’ bagi menarik pelancong. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA: Majlis Pemandu Pelancong Malaysia menggesa kemudahan dan tarikan pelancongan dinaik taraf segera supaya Malaysia dapat dilihat sebagai lebih daripada sekadar destinasi percutian murah.

Presidennya, Jimmy Leong, berkata Menteri Pelancongan Tiong King Sing harus melihat kepada “pelancongan berkualiti” berbanding “pelancongan kuantiti” dengan memasarkan Malaysia sebagai destinasi percutian yang berbaloi.

Advertisement
Katanya, Malaysia ketinggalan di belakang negara jiran Asean sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan timbul keperluan untuk meningkatkan jumlah ketibaan pelancong.

“Asean ialah pasaran besar; malah Thailand dan negara lain sedang beralih daripada pelancongan murah.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Oleh itu, kita harus berhenti memasarkan destinasi kita sebagai tempat percutian murah,” katanya kepada FMT.

“Kita tidak seharusnya kembali kepada era pra-wabak apabila Malaysia terlibat dalam lawatan kos sifar, yang mana (kegiatan) membeli-belah digunakan untuk menampung kos pakej percutian pelancong, terutamanya dari China.”

Advertisement
Beliau merujuk kepada pakej murah di mana pelancong didesak membayar harga tinggi untuk makanan, penginapan dan cenderahati.

“Ini mencemarkan imej kita dan tidak mampan,” kata Leong.

Advertisement
“Kami berharap menteri akan faham bahawa (perkara) ini telah mendorong industri kita ke arah yang salah.”

Bekas menteri pelancongan Nazri Aziz memberitahu FMT, beliau percaya pengalaman Tiong sebagai utusan khas ke China akan membolehkan beliau menarik ramai pelancong China ke Malaysia, sebagai antara pembelanja pelancongan utama di negara ini.

Nazri dan Leong juga berkata, kerajaan harus mempertimbangkan untuk menghidupkan semula konsep “Malaysia Truly Asia” untuk menarik pelancong dengan menawarkan pengalaman Malaysia yang tulen.

Leong berkata, jenama itu popular apabila ia diperkenalkan dan mencerminkan identiti Malaysia dalam sektor pelancongan.

“Konsep ini terbukti berjaya memasarkan destinasi dan produk kita kepada dunia,” katanya.

“Ia menggambarkan Malaysia dengan baik dalam tiga perkataan mudah.”

Katanya, konsep itu boleh dikemas kini supaya pelancong dapat diperkenalkan dengan acara dan pengalaman tempatan yang menonjolkan budaya Malaysia melalui makanan, inap desa dan gaya hidup tempatan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here