Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Tongod bakal pengeluar utama produk daging khinzir di Asia Pasifik
Published on: Thursday, December 08, 2022
Published on: Thu, Dec 08, 2022
Text Size:
Text:
Tongod bakal pengeluar utama produk daging khinzir di Asia Pasifik
MASIUNG (kanan) disambut penduduk sejurus tiba untuk merasmikan majlis dialog di Kampung Entilibon.
TONGOD: Daerah ini bakal menjadi pengeluar utama produk daging khinzir yang terpenting di rantau Asia Pasifik, sebaik sahaja projek ternakan khinzir seluas 500 ekar dibina di Kampung Entilibon, di sini, bermula pertengahan tahun hadapan.Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuamut,  Datuk Masiung Banah berkata, sebuah syarikat tempatan telahpun bersetuju menjalinkan perjanjian usahasama dengan kerajaan negeri  dengan pelaburan projek bernilai lebih RM200 juta.

Advertisement
“Operasi projek veterinar itu menggunakan sepenuhnya teknologi moden dari negara Denmark,” katanya ketika merasmikan majlis dialog bersama penduduk terlibat di Dewan Terbuka Entilibon, Isnin lalu.
Katanya, industri penternakan itu kemudiannya akan dibina dengan kilang pemprosesan dan pembungkusan daging khinzir bermutu tinggi untuk pasaran dalam dan luar negara bagi fasa kedua.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Jelasnya, pemilik tanah yang terlibat dengan projek itu telahpun selesai diberi pampasan selepas bersetuju menandatangani perjanjian dengan syarikat pemaju untuk tempoh 50 tahun. “Bagi fasa pertama, projek ternakan khinzir ini akan mengambil masa dua tahun merangkumi kawasan 200 ekar, manakala selebihnya 300 ekar lagi akan dilaksanakan dalam fasa seterusnya.
Advertisement
“Syarikat pemaju projek itu juga bersetuju mengambil pekerja tempatan dalam kalangan penduduk daerah ini, dan memberi peluang kepada kontraktor Bumiputera menjalankan kerja-kerja berskala kecil dan sederhana.

“Kewujudan industri veterinar ini mampu mewujudkan lebih 1,000 peluang pekerjaan dan juga dijangka memberi limpahan ekonomi kepada penduduk setempat,” katanya.

Advertisement
Beliau turut mengingatkan syarikat pemaju supaya memberi keutamaan kepada warga Kuamut untuk bekerja di syarikat tersebut. Turut hadir pada majlis itu, Timbalan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar  Sabah, Dr Jamaun Angkop; Penolong Pegawai Daerah Tongod, Floren Sian Padasan dan Pengarah Urusan  Tongod Farm Sdn Bhd,  Datuk Vencent Tan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here