Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Lelaki diperintah bela diri sebabkan kecederaan
Published on: Thursday, December 08, 2022
Published on: Thu, Dec 08, 2022
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Lelaki diperintah bela diri sebabkan kecederaan
Reezid didakwa menyerang Mohd Bovi Wong, 26, dengan menggunakan pisau dan pedang pada jam 11 malam 6 Jan 2020 di hadapan Kedai Mike Café di Tuaran.
Kota Kinabalu: Seorang lelaki berusia 32 tahun diperintah untuk membela diri atas pertuduhan menyebabkan kecederaan parah kepada lelaki lain.

Hakim Mahkamah Sesyen Noor Hafizah Mohd Salim membuat perintah itu terhadap Reezid Kasmin selepas memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah membuktikan kes prima facie terhadap Reezid.

Advertisement
Mahkamah menetapkan 17 Jan 2023 untuk pembelaan Reezid.

Reezid didakwa menyerang Mohd Bovi Wong, 26, dengan menggunakan pisau dan pedang pada jam 11 malam 6 Jan 2020 di hadapan Kedai Mike Café di Tuaran.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu bersama seorang lagi tertuduh, Abdul Razif Juani yang telah pun mengaku bersalah kepada pertuduhan tersebut dan dijatuhkan hukuman setimpal, serta seorang lagi subahat yang masih bebas.

Kesalahan di bawah Seksyen 326/34 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun, dan sebatan, serta boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Advertisement
Pihak pendakwaan telah memanggil 15 saksi semasa perbicaraan.

Timbalan Pendakwa Raya Nur Faezah Jafry mengendalikan pendakwaan sementara peguam Erveana Ansari Ali mewakili Reezid.

Advertisement
Sementara itu, mahkamah menetapkan 28 Dis tahun ini untuk sebutan bagi menyerahkan dokumen dan menetapkan tarikh baharu perbicaraan kes seorang pengawal keselamatan berusia 23 tahun yang didakwa merogol seorang remaja.

Tarikh itu ditetapkan bagi Hanafie Roslan apabila kesnya dikemukakan untuk sebutan.

Dia didakwa merogol remaja berusia 15 tahun dan lima bulan itu pada Ogos 2020 di sebuah rumah di Taman Sri Rugading, Tuaran.

Kesalahan mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun, dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Peguam Mohd Ari Nadzrah Abd Rahman mewakili Hanafie.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here