Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Sekumpulan gajah ‘lawat’ Pusat Perhutanan Luasong
Published on: Friday, December 09, 2022
Published on: Fri, Dec 09, 2022
By: Hayati Dzulkifli
Text Size:
Text:
Sekumpulan gajah ‘lawat’ Pusat Perhutanan Luasong
SEKUMPULAN gajah memasuki kawasan perumahan di Pusat Perhutanan Luasong.
Kota Kinabalu: Sekumpulan gajah memasuki kawasan perumahan di Pusat Perhutanan Luasong, Tawau dan menakutkan penduduk pada pagi Khamis.

Klip video yang tular di Facebook dan WhatsApp itu menunjukkan kumpulan gajah liar itu masuk ke kawasan berpenduduk di mana salah seekor mamalia itu, kelihatan seperti jantan, menolak jatuh sebuah motosikal menggunakan belalainya.

Advertisement
Dalam klip satu minit dan lapan saat itu, penduduk kampung didengar menjerit dan membuat bunyi bising untuk mengusir kumpulan gajah itu tetapi tiga ekor gajah – seekor gajah betina dan dua ekor gajah lebih kecil – berpatah balik ke arah gajah jantan berhampiran motosikal itu.

Gambar ini menunjukkan gajah jantan itu menolak motosikal itu menggunakan kakinya.

Kedua-duanya kelihatan memanggil gajah jantan itu untuk meninggalkan kawasan tersebut tetapi gajah jantan itu kelihatan berdegil dan menendang motosikal itu menyebabkan seluruh kumpulan itu kembali dan bergerak ke arah gajah jantan itu, seolah-olah memujuknya untuk segera beredar bersama mereka.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Gajah jantan itu kemudian meninggalkan kawasan itu bersama kumpulannya tanpa menyebabkan sebarang kerosakan lain.

Seorang pengguna Facebook menggunakan nama Darren Elbert mengulas kiriman video yang mendakwa motosikal itu milik mertuanya dan mujurlah ia masih dalam keadaan baik kecuali salah satu cermin sisi rosak.

Advertisement
Beliau seterusnya mengulas bahawa dia bergegas pulang sekitar tengah hari dari tempat kerjanya kerana bimbangkan keselamatan isteri dan anak-anaknya serta rumahnya terletak di hadapan rumah mentuanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here