KONSERT Kemilau Anak Seni 5 “Coretan Kreatif” Sekolah Seni Malaysia (SSeM) Sabah akan berlangsung di Dewan Masyarakat Sandakan hari ini.Ia bakal melibatkan pameran seni halus dan persembahan dari pelajar-pelajar seni persembahan iaitu tari muzik dan teater oleh pelajar tingkatan satu hingga lima sekolah itu.
Konsert anjuran Program Pendidikan Seni SSem Sabah di SMK Elopura Bestari ini merupakan program tahunan sejak 2016 hingga 2019 kecuali ketika pandemik dua tahun yang lepas dan kini ia dilaksanakan semula sesuai dengan sambutan pada konsert-konsert yang lepas.
Advertisement





