Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Namun kekal di bawah GRS, kata Hajiji: Bersatu Sabah sebulat suara keluar dari parti
Published on: Sunday, December 11, 2022
Published on: Sun, Dec 11, 2022
By: Bernama
Text Size:
Text:
Namun kekal di bawah GRS, kata Hajiji: Bersatu Sabah sebulat suara keluar dari parti
HAJIJI (duduk empat, kanan) bersama kepimpinan Bersatu Sabah, ketua-ketua bahagian dan ketua sayap-sayap negeri pada Majlis Mesra Bersama beliau di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Jumaat malam lepas. – fotoBERNAMA
Kota Kinabalu: Pemimpin Bersatu Sabah membuat keputusan sebulat suara untuk keluar daripada parti itu, namun kekal di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS), kata Ketua Badan Pimpinan Bersatu Sabah Datuk Seri Hajiji Noor.

Hajiji, yang juga Pengerusi GRS, berkata keputusan itu dibuat setelah mempertimbangkan keadaan landskap politik Malaysia ketika ini terutama di Sabah, dan demi kepentingan negeri, perpaduan selain memenuhi hasrat serta aspirasi rakyat untuk terus berjuang di bawah naungan sebuah parti tempatan.

Advertisement
Ketua Menteri Sabah itu berkata dengan keputusan itu juga, pemimpin-pemimpin Bersatu Sabah akan menggunakan GRS sebagai platform untuk menyuarakan kepentingan Sabah dan negeri-negeri Borneo.

“Melangkah ke hadapan, kami akan menubuhkan sebuah parti tempatan yang baharu, namun untuk sementara ini, kami secara kolektif akan menjadi ahli GRS.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Kami berikrar untuk memberi sokongan penuh kepada Kerajaan Perpaduan dan kami yakin dengan kepimpinan dan kebijaksanaan (Perdana Menteri) Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memimpin negara,” katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

GRS sebelum ini terdiri daripada Bersatu, Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Solidariti Tanah Airku (Star), Parti Maju Sabah (SAPP) dan Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (Usno), yang bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) bagi mentadbir kerajaan Sabah.

Advertisement
Hajiji berkata keputusan itu juga adalah atas dasar Bersatu Sabah tidak lagi boleh dipertahankan untuk kekal sebagai status quo, kerana di peringkat Persekutuan, parti Bersatu adalah pembangkang manakala GRS menyokong Kerajaan Perpaduan dipimpin Anwar.

“Sabah mahukan kestabilan politik dan perpaduan. Kami mahu memastikan momentum dalam pertumbuhan dan pembangunan Sabah, dan untuk melihat Sabah makmur sejajar dengan mandat yang diberikan kepada kami dalam pilihan raya lalu (Pilihan Raya Negeri Sabah).

Advertisement
“Kami yakin keputusan ini adalah yang terbaik untuk perpaduan dan kestabilan politik di Sabah,” katanya.

Beliau berkata Hala Tuju Sabah Maju Jaya yang dilaksanakan kerajaan negeri kini juga adalah untuk memastikan pemulihan ekonomi Sabah dan perpaduan dalam kalangan rakyat berterusan.

Justeru, katanya adalah menjadi komitmen pemimpin-pemimpin terlibat bersama Sarawak sebagai Blok Borneo untuk menyuarakan aspirasi rakyat dan untuk melihat Perjanjian Malaysia 1963 atau MA63 akan dilaksanakan sepenuhnya.

“Kami mengucapkan setinggi terima kasih kepada Presiden Bersatu dan Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin atas kepimpinan beliau sepanjang tempoh kami sebagai ahli Bersatu,” katanya. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here