Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Naik taraf jalan Botung-Narinang bakal dilaksana secara berfasa: Ewon
Published on: Sunday, December 11, 2022
Published on: Sun, Dec 11, 2022
Text Size:
Text:
Naik taraf jalan Botung-Narinang bakal dilaksana secara berfasa: Ewon
EWON ketika mengadakan tinjauan ke jalan itu.
KOTA BELUD: Penaiktarafan jalan kampung Botung-Narinang akan dilaksanakan secara berfasa, kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia Datuk Ewon Benedick.

“Masalah jalan ini sudah diadukan oleh penduduk kampung kepada saya sejak tahun 2020. Malah mereka telah mengeluarkan pungutan duit sendiri untuk membaiki jalan ini sebelum ini.

Advertisement
“Saya meninjau keadaan jalan kampung ini untuk melihat kaedah terbaik untuk menaiktaraf jalan ini. Saya melihat sebahagian jalan sudah ditabur dengan batu kelikir dan ada yang telah dibina konkrit.

“Bagi tahun 2023 nanti, saya akan menyalurkan peruntukan untuk menabur batu kelikir di sepanjang jalan ini dan seterusnya akan berbincang dengan Menteri yang lain untuk menurunkan peruntukan membina konkrit jalan ini.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Pendekatan ini juga saya akan gunakan untuk menaiktaraf jalan-jalan perhubungan kampung yang lain di seluruh Kadamaian,” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian selepas mengadakan tinjauan itu.

Turut bersama ialah Penolong Pegawai Daerah Kota Belud Winnie Anggon dan Ketua Pegawai Perhubungan Adun Kadamaian Carlye Lajimin.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here