Kota Kinabalu: Sabahebat Sdn Bhd (SSB) menafikan dakwaan seorang pengguna media sosial di Facebook mengenai penutupan jalan di tanah miliknya di Membakut.Pengurus Besar Sabahebat, Latifa Yusop berkata terdapat satu jalan yang diselenggara Jabatan Kerja Raya (JKR), iaitu Jalan Bambangan, yang boleh digunakan untuk pergi ke jalan utama dan jalan utama itu bersebelahan dengan ladangnya.
“Terdapat dua jalan yang melalui tanah ladang Sabahebat, di mana salah satunya berada di tengah ladang dan satu lagi di hujung kanan ladang,” katanya kepada Daily Express, Jumaat.
Advertisement





