KETIKA berada di puncak karier, pandemik Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) datang umpama badai dan melumpuhkan kehidupan Jebat atau nama sebenarnya Amiranwari Muhammad Nani.Graf seni penyanyi ini yang dijangkakan terus melonjak tiba-tiba merundum apabila banyak tawaran dan perancangan terpaksa dibatalkan pada saat akhir.
Walapun lebih dua tahun sudah berlalu, impak daripada pandemik Covid-19 dan PKP kekal menjadi barah khususnya dalam karier muzik bakat kelahiran Kota Kinabalu ini.
Advertisement





