Mon, 15 Jun 2026
Headlines:
PH Sabah harap dapat jadi sebahagian kerajaan negeri
Published on: Wednesday, December 14, 2022
Published on: Wed, Dec 14, 2022
By: Bernama
Text Size:
Text:
PH Sabah harap dapat jadi sebahagian kerajaan negeri
Ewon dilaporkan berkata semua tujuh Adun PH Sabah, menyatakan sokongan serta komitmen untuk bekerjasama dengan Hajiji sebagai Ketua Menteri sehingga penggal DUN berakhir pada 2025.
Kota Kinabalu: Naib Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (Upko) Datuk Ewon Benedick berharap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), serta pemimpin daripada Pakatan Harapan (PH) Sabah dapat menjadi sebahagian daripada kerajaan Sabah.

Sehubungan itu, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi itu berharap, kerajaan Sabah pimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Barisan Nasional (BN), dapat merangka mekanisme untuk merealisasikan hasrat itu.

Advertisement
“Kita (PH, GRS dan BN) telah bersama membentuk kerajaan perpaduan di peringkat Persekutuan, jadi saya harap peringkat Sabah ada mekanisme bagaimana perpaduan itu diperkasakan di peringkat kerajaan negeri, bagaimana PH boleh menjadi sebahagian daripada kerajaan Sabah. Diharap Ketua Menteri (Datuk Seri Hajiji Noor) dan pimpinan kerajaan negeri dapat menerima PH Sabah sebagai sebahagian daripada pentadbiran kerajaan Sabah,” kata Ewon yang juga Adun Kadamaian dan Ahli Parlimen Penampang itu kepada Bernama.

Pada 25 November lepas, Ewon dilaporkan berkata semua tujuh Adun PH Sabah, menyatakan sokongan serta komitmen untuk bekerjasama dengan Hajiji sebagai Ketua Menteri sehingga penggal DUN berakhir pada 2025.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Ewon berkata PH Sabah mengalu-alukan kehadiran GRS dalam kerajaan perpaduan bagi membolehkan kerajaan Persekutuan mahupun negeri, berfungsi dengan sempurna untuk memberi kehidupan lebih baik kepada rakyat terutama di negeri ini.

“Apabila rakan kita wakili GRS dilantik menteri menjaga hal ehwal Sabah, Sarawak (Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali) ada peranan strategik kerjasama GRS dan PH serta gabungan lain, saya percaya kerjasama ini banyak manfaatnya,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here