Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Pasang CCTV di lokap polis, imigresen dan kenderaan, kerajaan diberitahu
Published on: Thursday, December 15, 2022
Published on: Thu, Dec 15, 2022
By: FMT Reporters
Text Size:
Text:
Pasang CCTV di lokap polis, imigresen dan kenderaan, kerajaan diberitahu
Bekas Ahli Parlimen Batu Kawan Kasthuri Patto berkata CCTV di lokap polis dan imigresen serta kenderaan baik untuk tahanan dan pihak berkuasa. (Gambar Pixabay)
PETALING JAYA: Seorang bekas Ahli Parlimen menggesa kerajaan memasang kamera litar tertutup (CCTV) di setiap kemudahan dan kenderaan polis serta jabatan imigresen seluruh negara selepas perolehan kamera badan untuk pasukan keselamatan itu.

Bekas Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuri Patto, berkata ini akan memastikan amalan buruk pihak berkuasa, seperti kezaliman polis dan salah guna kuasa dapat dicegah.

Advertisement
“Memasang CCTV yang berfungsi seharusnya bukan sekadar lekapan fizikal tetapi sebaliknya harus menjadi satu tindakan untuk memupuk maruah, kepada kedua-dua tahanan dan pihak berkuasa.

“Ia sama sekali bukan untuk melemahkan atau mematahkan semangat polis dan pegawai imigresen, tetapi untuk menegakkan kedaulatan undang-undang, keadilan dan hak asasi manusia.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Paling penting, ia adalah langkah pencegahan terhadap sebarang bentuk kezaliman dan keganasan di lokap kita, pusat tahanan dan juga kenderaan polis serta imigresen,” katanya dalam kenyataan.

Beliau mengulas mengenai kelulusan kerajaan terhadap peruntukan RM30 juta bagi perolehan kamera badan anggota polis. Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata pada Selasa pemerolehan sedang dijalankan.

Advertisement
Kasthuri mempersoalkan berapa banyak lagi kes serangan seksual, kezaliman polis dan kematian tahanan mesti dilaporkan sebelum langkah serius diambil untuk membendungnya.

Beliau berkata, penggunaan di setiap lokap, penjara, pusat tahanan dan kenderaan polis serta imigresen juga akan memastikan sebarang tuntutan atau dakwaan tidak berasas berjaya dicabar di mahkamah sama ada oleh mangsa atau pelaku.

Advertisement
“Namun, infrastruktur dan teknologi dunia pertama mesti disertakan dengan perubahan dan pembaharuan dalam pendekatan, budaya, amalan dan minda oleh pegawai penguat kuasa kita.

“Saya yakin kita akan mencapainya memandangkan jumlah kemahuan politik yang betul dilaksanakan oleh eksekutif, polis dan imigresen.” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here