Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Tingkat semangat toleransi, saling menghormati: KM
Published on: Thursday, December 15, 2022
Published on: Thu, Dec 15, 2022
Text Size:
Text:
Tingkat semangat toleransi, saling menghormati: KM
Jeffrey bergambar kenangan bersama kanak-kanak yang menerima hadiah sumbangan penaja.
Kota Kinabalu: Rakyat digesa meningkatkan semangat toleransi dan saling menghormati.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata beliau mahu rakyat di negeri ini mengenepikan perbezaan serta fokus kepada nilai yang menyatukan dan bukan memecahbelahkan sesama rakyat.

Advertisement
“Perpaduan rakyat, keharmonian kaum dan toleransi beragama yang kukuh hendaklah sama-sama kita kekalkan demi generasi sekarang dan juga masa hadapan.

“Segala tindakan yang boleh menjejaskan perpaduan rakyat dan kestabilan kerajaan hendaklah dihindari agar agenda pembangunan yang telah dirancang dapat direalisasikan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Saya menyeru rakyat untuk terus bersama-sama dengan kerajaan dalam memastikan kemakmuran sosial dapat terus dipelihara dan dipertingkatkan bagi kesejahteraan serta manfaat kita bersama,” katanya ketika merasmikan Perayaan Krismas Kota Kinabalu 2022 (KKCC2022) di Padang Merdeka, di sini, malam Selasa lepas.

Dalam pada itu, kerajaan negeri juga memperuntukkan sebanyak RM54.05 juta kepada sekolah-sekolah dan perkembangan badan-badan keagamaan bukan Islam dalam Belanjawan 2023.

Advertisement
“Peruntukan bagi tahun 2023 menyaksikan peningkatan sebanyak RM7.05 juta berbanding tahun sebelumnya.

“Inilah tanda dan bukti kerajaan adalah serius dan ikhlas dalam membantu semua lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama,” tambah beliau.

Advertisement
Teks ucapan Hajiji disampaikan Timbalan Ketua Menteri II, Datuk Seri Jeffrey Kitingan yang juga Menteri Pertanian dan Perikanan.

KKCC 2022 merupakan program anjuran bersama Dewan Bandaraya Kota Kinabalu dan Majlis Gereja-Gereja Sabah berlangsung selama empat hari bermula 13 hingga 16 Disember di Padang Merdeka Kota Kinabalu bermula jam 5 petang.

Turut hadir, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Noorliza Awang Alip dan Presiden Majlis Gereja-Gereja Sabah, Rev. Datuk Jerry Dusing.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here