KENINGAU: Asrama SM Gunsanad dan SK Kampung Keningau, kedua-duanya dari Keningau muncul johan bagi kategori sekolah menengah dan rendah dalam Karnival Kesenian Peringkat Negeri Zon Pedalaman yang diadakan di dewan SK Banjar di sini.Tempat kedua dan ketiga kategori sekolah menengah dimenangi oleh SMK Kemabong (Tenom) dan SMK Gunsanad (Keningau) manakala tempat kedua dan ketiga kategori sekolah rendah dimenangi oleh SK St Francis Xavier dan SK Bingkor, kedua-duanya dari Keningau.





