Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Liew gesa tindakan segera naik taraf khidmat kesihatan di Sabah
Published on: Friday, December 16, 2022
Published on: Fri, Dec 16, 2022
Text Size:
Text:
Liew gesa tindakan segera naik taraf khidmat kesihatan di Sabah
LIEW (tengah, barisan belakang) mengetuai kumpulan pelawat, kakitangan kesihatan dan kanak-kanak mengucapkan ‘Selamat Hari Krismas & Selamat Tahun Baru’ semasa penyerahan kek dan hadiah Krismas. Di sebelah kanannya ialah Dr Hanim.
Kota Kinabalu: Bekas Ahli Parlimen Tawau, Datuk Christina Liew menyambut baik pengumuman Menteri Kesihatan baharu Dr Zaliha Mustafa bahawa Kementerian Kesihatan akan menambah baik perkhidmatan kesihatan khususnya dari segi infrastruktur di Sabah dan Sarawak.

Beliau berkata kawasan luar bandar khususnya sangat memerlukan lebih banyak kemudahan penjagaan kesihatan untuk menyediakan perkhidmatan yang diperlukan kepada penduduk.

Advertisement
“Adalah penting untuk melabur dalam infrastruktur penjagaan kesihatan (bangunan dan kemudahan serta ahli profesional kesihatan) untuk menyampaikan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang mengikut piawai.

“Hanya apabila rakyat mempunyai kesihatan yang baik, mereka akan menjadi produktif dari segi ekonomi dan mampu menyumbang kepada pembangunan sosio-ekonomi dan kemakmuran negara.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
"Pada zaman ini, kita tidak lagi sepatutnya mendengar wanita yang tidak berdaya mengalami pendarahan hingga maut sebelum bantuan perubatan boleh sampai kepada mereka di kawasan terpencil di negeri ini,” kata Liew, yang juga Ahli Dewan Undangan (Adun) Api-Api, dalam kenyataan pada Khamis, selepas mengunjungi Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah untuk menyampaikan kek Krismas untuk kakitangan kesihatan dan 215 pek makanan untuk wad kanak-kanak.

Sebagai langkah pencegahan Covid-19, kumpulan pelawat tidak boleh masuk ke dalam wad kanak-kanak. Justeru itu, hadiah Krismas disampaikan kepada Ketua Penolong Pengarah Kanan, Dr Fauziah Hanim Hashim di Bilik Persidangan. Turut hadir Penyelia Jururawat Rose Sidau dan Penyelia Jururawat Jousia Siani dari Klinik Pediatrik.

Advertisement
Mengenai perkara berkaitan, Liew menggesa tindakan segera bagi menaik taraf 326 klinik kesihatan di Sabah, yang memerlukan penaiktarafan segera seperti yang didedahkan bekas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin sebelum Pilihan Raya Umum ke-15.

Sabtu lalu, Dr Zaliha berkata Kementeriannya telah mengambil maklum aduan dan masalah berkaitan perkhidmatan kesihatan di Sabah dan Sarawak.

Advertisement
Liew berkata adalah di luar pemahaman bahawa beberapa tahun lalu, seorang wanita yang sakit terpaksa diangkut menggunakan kereta lembu ke jalan utama dari kampungnya untuk dibawa ke hospital untuk rawatan.

“Dan tidak lama dahulu, seorang penduduk terpaksa diusung menggunakan pengusung dari rumahnya ke ambulans yang menunggu agak jauh kerana kenderaan itu tidak dapat menyeberangi jambatan patah yang menuju ke rumah penduduk berkenaan.

“Semua ini menunjukkan keadaan menyedihkan infrastruktur jalan dan jambatan kita di beberapa bahagian di Sabah, walaupun 59 tahun merdeka dan menjadi negeri terkaya, suatu ketika dahulu,” katanya.

Sementara itu, Liew turut menyuarakan harapan agar bangunan tambahan hospital Tawau yang baru siap beroperasi tidak lama lagi.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here