TAWAU: Seorang anggota polis berusia 39 tahun dibebaskan daripada pertuduhan mengedar 8,161 dadah jenis 23,4 Methylenedioxymethamphetamine.
Hakim Mahkamah Tinggi Dr Lim Hock Leng membebas dan melepaskan Faizal Nassal selepas memutuskan bahawa pendakwaan gagal membuktikan kesnya ke atas Faizal melampaui keraguan munasabah.
Faizal didakwa mengedar dadah itu pukul 5.50 petang, 5 Mac, 2019 di Taman Sri Perdana di Lahad Datu.
Perbuatan di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) Akta sama itu memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup, atau hukuman mati, jika sabit kesalahan.
Sembilan saksi pendakwaan dan tujuh saksi pembelaan dipanggil untuk memberi keterangan dalam perbicaraan itu.
Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Nurul Akhilah Rosmi Nur dan DPP Atirah Aiman Rahim melakukan pendakwaan manakala peguam Dominic Chew dan Aida Jaafar Mad Ariff mewakili Faizal.