Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Penjara 3 tahun angkara ceroboh pejabat kerajaan
Published on: Friday, December 16, 2022
Published on: Fri, Dec 16, 2022
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Text:
Penjara 3 tahun angkara ceroboh pejabat kerajaan
Latif didakwa mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun dan boleh didenda jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Seorang penganggur berusia 41 tahun dijatuhi hukuman penjara tiga tahun oleh Mahkamah Majistret di sini kerana menceroboh pejabat kerajaan di Penampang.

Latif Lawrel mengaku bersalah di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Mohammad Azeem Mohd Ridzo, yang duduk selaku majistret, atas pertuduhan memecah masuk bilik pegawai daerah, Pejabat Daerah Penampang jam 2.50 pagi, 5 Dis.

Advertisement
Mahkamah dimaklumkan oleh pendakwaan bahawa pada 5 Dis, jam 7 pagi, seorang pengawal keselamatan mendapati bilik pejabat DO dipecah masuk tetapi tiada barang berharga hilang ketika diperiksa.

Seorang lelaki yang tidak dikenali telah dirakam dalam rakaman CCTV, menyelinap masuk ke dalam pejabat, yang membawa kepada penahanan Latif.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Latif didakwa mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun dan boleh didenda jika sabit kesalahan.

Tidak diwakili, Latif merayu hukuman ringan manakala pendakwaan memohon agar hukuman setimpal dikenakan.

Advertisement
Dalam kes berasingan, seorang lelaki berusia 35 tahun didakwa melarikan atau melupuskan dua lori curi.

Felix Samih, 35, mengaku tidak bersalah melakukan perbuatan itu ke atas dua buah lori seberat satu tan milik Global Premium Resources Sdn Bhd, jam 9 malam pada 28 Julai, tahun ini di tempat letak kereta di hadapan Blok G, Inanam Kapitol.

Advertisement
Pertuduhan itu termaktub di bawah Seksyen 414 Kanun Keseksaan.

Pendakwaan ketika memohon tarikh sebutan, mencadangkan ikat jamin RM3,000 dengan dua orang penjamin.

Felix yang tidak diwakili, memohon ikat jamin lebih rendah atas alasan dia seorang pemandu kereta e-hailing dan sudah berkahwin dengan tiga anak.

Mahkamah menetapkan 16 Jan untuk sebutan dan membebaskan Felix dengan ikat jamin sebanyak RM1,000 beserta dua orang penjamin.

Inspektor Albert Basiri melakukan pendakwaan. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here