Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
GRS gugur keanggotaan Bersatu
Published on: Monday, December 19, 2022
Published on: Mon, Dec 19, 2022
By: Bernama
Text Size:
Text:
GRS gugur keanggotaan Bersatu
Kota Kinabalu: Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Gabungan Rakyat Sabah (GRS) telah menggugurkan keanggotaan Bersatu sebagai ahli badan gabungan dalam mesyuarat AMT parti itu pada 9 Disember lepas, kata Timbalan Pengerusi GRS Datuk Seri Dr Maximus Ongkili (gambar).

Ongkili, yang juga Presiden Parti Bersatu Sabah berkata pada mesyuarat yang dipengerusikannya itu, AMT GRS turut membuat keputusan untuk mengekalkan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor sebagai Pengerusi GRS.

Advertisement
“Mesyuarat tersebut juga memutuskan untuk menyertai Kerajaan Perpaduan atas komitmen membina kerajaan yang stabil demi kepentingan kesejahteraan rakyat dan pembangunan tanah air,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Justeru, beliau berkata Ketua Badan Pimpinan Bersatu Sabah Datuk Seri Dr Ronald Kiandee atau Bersatu tidak ada hubungan dengan perjanjian persefahaman kerjasama membentuk Kerajaan Perpaduan  yang prinsip dan matlamatnya telah ditolak oleh Bersatu.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Sabtu lepas, Ronald mendakwa perjanjian persefahaman kerjasama ditandatangani GRS adalah tidak sah, kerana Bersatu sebagai ahli GRS tidak pernah terlibat dalam sebarang perbincangan untuk menyertai perjanjian itu.

Jumaat lepas lima gabungan parti politik utama iaitu Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), GRS dan Parti Warisan (Warisan) menandatangani perjanjian persefahaman di Putrajaya bagi membentuk Kerajaan Perpaduan.

Advertisement
Setiausaha Agung GRS Datuk Seri Masidi Manjun memeterai perjanjian itu bagi pihak GRS manakala Hajiji menandatangani perjanjian itu sebagai saksi bagi pihak GRS.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here