KENINGAU: Guru Bahasa Inggeris Kolej Vokasional Keningau, Dr Sirhajwan Idek dipilih sebagai penerima Ikon Belia Karismatik Kebangsaan oleh Kementerian Belia dan Sukan pada majlis Anugerah Belia Negara yang berlangsung di Sepang pada Sabtu.Anugerah itu merupakan satu daripada 15 anugerah yang disampaikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.
Dr Sirhajwan yang melalui proses pemilihan dan penilaian daripada 20 calon yang disenarai pendek daripada ratusan permohonan sebelum mara ke tiga finalis teratas menerima wang tunai berjumlah RM10,000, trofi dan sijil
Advertisement





