Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Kuasa kawal selia bekalan gas diserah kepada Sabah - Dilaksanakan selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong: PM
Published on: Thursday, December 22, 2022
Published on: Thu, Dec 22, 2022
By: FMT
Text Size:
Text:
Kuasa kawal selia bekalan gas diserah kepada Sabah - Dilaksanakan selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong: PM
Ketua Menteri (kanan) berkata beliau telah membangkitkan keperluan untuk memenuhi MA63 semasa pertemuan pertamanya dengan Anwar (kiri) selepas beliau dilantik sebagai Perdana Menteri.
PETALING JAYA: Petronas akan menyerahkan kuasa kawal selia bekalan gas Sabah kepada negeri itu, kata Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.

Katanya, Jemaah Menteri bersetuju kuasa kawal selia ke atas bekalan gas Sabah patut dipindahkan dari Putrajaya melalui Petronas kepada kerajaan negeri.

Advertisement
“Ini telah dilakukan di Sarawak, dan sekarang ia (sumber gas Sabah) akan dipindahkan kepada kerajaan Sabah,” katanya dalam sidang media.

Anwar berkata ia akan dilaksana selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Kelulusan Jemaah Menteri telahpun diperakui hari ini,” katanya, menurut laporan FMT.

Perkembangan itu adalah antara beberapa isu besar yang diluluskan Jemaah Menteri, selepas Anwar mengarahkan tunggakan tuntutan Perjanjian Malaysia 1963 diselesaikan dalam tempoh sebulan.

Advertisement
Anwar berkata Jemaah Menteri akan mengumumkan beberapa kemajuan, bagaimanapun hal melibatkan perundangan akan perlu dibawa ke Parlimen.

“Ada hal lain yang melibatkan perundangan dan pindaan undang-undang itu terpaksa ditangguh sehingga sidang Parlimen, tapi beberapa isu besar kita (Jemaah Menteri) dapat luluskan.”

Advertisement
Sementara itu di KOTA KINABALU, Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menyifatkan keputusan Putrajaya memindahkan kuasa kawal selia bekalan gas ke Sabah sebagai satu langkah ke hadapan ke arah merealisasikan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Sambil mengalu-alukan keputusan itu, beliau berkata ini sentiasa menjadi aspirasi Sabah dan rakyat.

“Kerajaan Negeri telah bertegas dalam usaha kita untuk mengawal dan mengurus sumber minyak dan gas negeri,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Ketua Menteri berkata beliau telah membangkitkan keperluan untuk memenuhi MA63 semasa pertemuan pertamanya dengan Anwar selepas beliau dilantik sebagai Perdana Menteri.

Selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Dewan Undangan Negeri akan mengadakan sidang khas untuk melulus dan mewartakan Rang Undang-undang Negeri Sabah bagi pembekalan gas dan Suruhanjaya Tenaga Sabah akan mengambil alih semua kuasa kawal selia untuk bekalan gas darat (penggasan semula, penghantaran, pengedaran, penggunaan gas oleh pemegang lesen swasta dan runcit) di Sabah berkuat kuasa serta merta. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here