TAWAU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) cawangan Tawau menumpaskan aktiviti penyelewengan 23,800 liter minyak diesel bersubsidi selepas menyerbu sebuah stor penyimpanan minyak haram di Jalan Air Panas, Selasa.Ketua Pegawai Penguatkuasanya, Sam Aminudin berkata, dalam serbuan bermula jam 3 petang itu, tiga suspek lelaki warga tempatan berusia dalam lingkungan 30 hingga 40 tahun turut ditahan untuk membantu siasatan.
Menurutnya, ketiga-tiga suspek didapati sedang menjalankan kerja-kerja pemindahan minyak diesel bersubsidi daripada lori tangki ke dalam sebuah tangki besi diubahsuai yang berada di kawasan stor berkenaan.
Advertisement





