Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Sokongan usaha lahirkan modal insan TVET: Peruntukan lebih RM6 juta untuk ILTP tahun depan
Published on: Friday, December 23, 2022
Published on: Fri, Dec 23, 2022
Text Size:
Text:
Sokongan usaha lahirkan modal insan TVET: Peruntukan lebih RM6 juta untuk ILTP tahun depan
Ariffin turut merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada JPSM Sabah kerana ILTP Papar telah menerima watikah pelantikan TVET Collaboration Hub (TCH), sekali gus menjadikannya pusat latihan TVET tunggal di Sabah yang diiktiraf sebagai Hab Bidang Kimpalan dan Fabrikasi Logam. 
Kota Kinabalu: Kerajaan negeri memperuntukkan lebih RM 6 juta kepada Institut Latihan Teknik dan Perdagangan (ILTP) bagi tahun depan.

Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Dr Mohd Ariffin Mohd Ariff berkata RM6,150,010 lagi diperuntukkan bagi pelaksanaan 15 program latihan TVET selaras hala tuju Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya 1.0 (2021-2025).

Advertisement
“Melalui teras Modal Insan dan Kesejahteraan Rakyat, kerajaan negeri sentiasa menyokong usaha Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) melahirkan modal insan yang terampil, kompeten serta berdaya saing memasuki pasaran kerja.

“Beberapa jabatan dan agensi telah menerima 10 orang pelatih ILTP daripada Program Pentadbiran Sistem Maklumat, Diploma Kemahiran Malaysia Tahap 4 untuk menjalankan latihan praktikal di agensi masing-masing.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Latihan praktikal adalah kaedah latihan yang masih relevan sebagai salah satu pendedahan awal alam pekerjaan agar graduan lebih bersedia menerima pelbagai cabaran dunia kerjaya,” katanya semasa merasmikan Majlis Konvokesyen Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) Siri 2/2022, pada Khamis.

Agensi yang terlibat menerima pelatih praktikal JPSM ialah Kementerian Kewangan Negeri Sabah, Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Pejabat Daerah Kota Marudu, Pejabat Pendidikan Daerah Kota Marudu, Pejabat Perkeso Cawangan Keningau dan Tawau, Koperasi Serbaguna SANYA Berhad, Richland Sdn Bhd, Sawit Kinabalu Sdn Bhd  dan Simply Chocolate Sdn Bhd.

Advertisement
Pada majlis yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) tersebut, 60 orang graduan menerima Sijil Tamat Latihan Pelatih bagi Program Teknologi Kimpalan 6G, Program Kecantikan dan Dandanan Rambut Sesi 2/2022 di samping Program Pentadbiran Sistem Maklumat Sesi 2021-2022.

Ariffin turut merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada JPSM Sabah kerana ILTP Papar telah menerima watikah pelantikan TVET Collaboration Hub (TCH), sekali gus menjadikannya pusat latihan TVET tunggal di Sabah yang diiktiraf sebagai Hab Bidang Kimpalan dan Fabrikasi Logam.
Advertisement
ILTP Papar diharap menjadi pusat rujukan, mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan, meningkatkan ekonomi negeri Sabah dengan melahirkan modal insan berkemahiran dan berdaya saing serta berupaya memperluaskan jalinan kerjasama dengan pusat latihan TVET yang lain. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here