Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
27 tuntutan Sabah, Sarawak dibawa ke Kabinet: Armizan
Published on: Saturday, December 24, 2022
Published on: Sat, Dec 24, 2022
By: Aishah Abdullah
Text Size:
Text:
27 tuntutan Sabah, Sarawak dibawa ke Kabinet: Armizan
Menteri hal ehwal Sabah dan Sarawak Datuk Armizan Mohd Ali (tiga dari kanan) menyerahkan bantuan kepada mangsa bencana alam di Tg Aru, Kota Kinabalu, pada 24 Disember 2022. (Gambar: Harian Ekspres/Aishah Abdullah)
Kota Kinabalu: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali menjelaskan tempoh sebulan diberikan untuk menyelesaikan semua perkara berbangkit berhubung Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) adalah arahan Perdana Menteri.

"Sebenarnya itu bukanlah janji saya, tetapi itu adalah komitmen tinggi yang dizahirkan oleh YAB Perdana Menteri kita, Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau telah memberi arahan kepada Datuk Seri Fadillah Yusof selaku Timbalan Perdana Menteri II dan saya sendiri selaku menteri yang bertanggungjawab Sabah dan Sarawak .

Advertisement
Katanya, dalam tempoh 30 hari mereka mesti membentangkan memorandum jemaah menteri kabinet untuk melihat daripada dapatan-dapatan hasil daripada rundingan-rundingan daripada ketiga-tiga kerajaan Kerajaan Persekutuan, Sabah Dan Sarawak.

"Kita akan membentangkan rundingan-rundingan itu pada 4 Januari akan datang, tempoh 30 hari itu berakhir pada 5 Januari, namun dalam mesyuarat kabinet yang lepas saya telah membentangkan nota jemaah menteri," katanya kepada pemberita semasa lawatan ke lapangan bencana mangsa tiupan angin kencang dan ombak besar di Kampung Tanjung Aru Baru di sini, hari ini.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Menurut Armizan, membentangkan nota jemaah menteri itu sebagai maklumat awal kepada ahli jemaah menteri dan akan disusuli dengan memorandum jemaah menteri pada 4 Januari nanti.

"Antara lain adalah kajian dan cadangan kita adalah apakah isu-isu yang berbangkit di dalam isu tersebut dan mungkin saya maklumkan di sini bahawa hasil daripada sebenarnya perjuangan ini bukan lah bermula hari ini, platform rasmi rundingan di antara kdua-dua belah pihak ini sudah pun bermula pada 2016 , Jawatankuasa Khas Kabinet, Majlis Khas 63, dan tanggungjawab saya sekarang adalah memurnikan laporan-laporan tersebut," katanya.

Advertisement
Sehubungan dengan itu,  beliau turut memaklumkan sudahpun membentangkan 27 perkara yang dibangkitkan oleh kedua-dua kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak.

"Sebenarnya saya telah bentangkan nota di kabinet terdapat 27 isu ataupun perkara yang dibangkitkan oleh kedua-dua kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak.

Advertisement
"Daripada 27 isu itu,  22 perkara itu sebenarnya berkait secara langsung dengan MA63 dan juga Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) manakala lima lagi adalah syor-syor tambahan dan tidaklah berkait secara langsung dan inshaAllah satu telah diumumkan oleh YAB PM Datuk Seri Anwar Ibrahim, hasil daripada nota jemaah menteri yang dikemukakan dan kebetulan pada masa itu kita telah berbincang awal kementerian ekonomi pada masa itu membentangkan perkara berkaitan dengan apa yang telah diumumkan iaitu penyerahan kuasa kawal selia gas daripada persekutuan kepada Negeri Sabah yang sebenarnya kuasa Negeri Sabah tetapi berlaku pindaan undang-undang pada tahun 1980 maka kuasa itu diangkat ke persekutuan.

"Hasil daripada permintaan Kerajaan Negeri dan keprihatinan Kerajaan Persekutuan kabinet telah meluluskan supaya bermula Januari ini, inshaAllah kuasa kawal selia gas ini akan diserahkan semula kepada kerajaan Negeri Sabah," katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here